
Friday, January 30, 2009
Untukmu Palestin: Hanya Ini Yang Termampu

Thursday, January 22, 2009
TAHNIAH SEMUA
Friday, January 2, 2009
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru
Mior Iskandar dan Ummu Aiman
yang telah melangsungkan perkahwinan di rumah kedua orang tuanya
pada 1 Januari 2009.
Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhirnya
Alhamdulillah, Ana sempat jugak menghadiri majlis tersebut walaupun pada mulanya letih berkira-kira macam mana nak pi. Mana taknye banyak sangat kerja yang terpaksa di siapkan. Mujur la kereta Ustaz Amin ada kosong. Boleh gak ana tumpang.
Bukan nak cite sal majlis tersebut, majlis memang lancar dan meriah, makan pun sedap. Macam nak tambah je tapi malu la pulak. Dah la datang lewat... Tapi ana nak sembang sal istiqamah dengan gerak kerja berorganisasi. Ramai diantara kita yang sebelum kahwin memang komited dengan organisasi. Semua program ada muka dia. Kekadang kita pun pelik macam mana mamat ni boleh ada dalam 2 program yang berbeza dalam masa yang sama. Tapi bila dah berumahtangga berubah dengan sekelip mata. Letih kita mengajak, last-last tak de jugak.
Ana tulis ni sebagai peringatan kepada diri ana sendiri. Lagi pulak perkara ni berlaku kepada insan-insan yang dekat dengan ana. Ana ni apela sangat nak dibanding dengan dorang. Kita ni second class. Kalau dah takdak orang sangat baru la dipanggil. Tapi insan-insan first class ni pulak yang jadi third class bila da kawen. Agak-agak kenapa ye??? Nak kata tak cukup tarbiyyah ana rasa dorang yang paling power. Siap dorang yang bagi pengisian kat ana. Bukan nak salahkan dorang maybe dorang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Bapi sekarang ni dah masuk tahun ke 3 kawin takkan still mencari arah kot. Adoi la manusia...
Bukan nak kata kat Abang Mior, ana tau dia memang komited sampai bila-bila. Lagi la pulak bertemu jodoh dengan akak yang sama-sama komited. So takdak masalah punya. Tapi pastinya JPPI akan merasa sedikit kehilangan. Mana taknya, masa untuk bersama Abang Mior dah semakin kurang. Dengan zaujahnya menetap di Kelantan, pastinya setiap hujung minggu Ustaz Mior akan berulang alik ke sana. At least 2minggu sekali. Nak taknak hampa kena la jugak cari altenatif lain tuk mengisi kekosongan yang ada. Strategi baru kena dirancang segera.
Anak Muda dan Tahun Baru
Terus terang ana katakana inilah kali pertama ana bersama team xpdc dakwah dikawasan kota. (Sori ana lambat post, ana tak de kemudahan internet la) Selama ni hanya beroperasi di sekitar Pekan Parit Buntar dan Pengkalan sahaja. Situasi hampir sama, namun rupanya di Bandar Ipoh ni lebih dasyat dan menyanyat hati.
Operasi di Padang Polo menemukan ana dengan pelbagai ragam warga kota. Tak kita tua muda, jantan betina, yang tak tau status pun ramai.. Majoritinya macam biasalah, bangsa lain takkan boleh nak tandingi, anak-anak muda MELAYU ISLAM. Tapi yang tua-tua pun ada jugak.
Yang remaja dengan motosikalnya, merempit sana sini membuat onar. Ana yakin bila dah rama
i macam tu polis ngan JPJ pun surrender. Tu sebab dorang tak buat operasi. Kalau buat pun buang masa je. Baik dok rumah bermesra dengan anak bini. Yang budak sekolahnya pulak merempit dengan basikal masing-masing. Budak sekolah rendah pun ramai. Macam-macam gaya dan aksi. Dalam kiraan ana tak kurang dari 100 buah basikal yang beraksi malam tu. Dari pelbagai team. Seri kinta la, Chemor, Jelapang… Adoi la apa nak jadi dengan anak muda kita sekarang. Pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara dah jadi Pemuda Penghancur Bangsa Pemudi Tugu Negara. Nampaknya harapan tinggal harapan, tiang pun macam nak roboh je.
Itu baru mat rempit ngan dak-dak basikal.. yang dating dengan awek tak cite lagi. Dalam banyak-banyak kerusi kat bawah lampu apesal la korang dok lepak kat tempat gelap. Ramai tak terkira. Patut la belangkas dah susah nak jumpa
di tepi laut, rupa-rupanya dorang dah pindah ke taman-taman tasik di Ibu Kota. Macam-macam. Cuma malam tu ana tak jumpa yang dok telanjang je. Kawan-kawan yang lain dah kerap sangat jumpa aksi telampau macam tu.
Dalam situasi ni kita tak boleh nak salahkan mak bapak dorang je. Ilmu dah bagi, didikan agama dah kasi.Yang datang ni bukan budak-budak takdak ilmu. Ada sorang tu, budak maahad, hafal quran dah masuk juzuk ke2. Tapi masih terlibat dengan benda-benda tak berfaedah macam ni. Dah tu bagi alasan bodoh lak tu. “Nak beriadah la bang.” Kepala hotak korang beriadah pukul 2pagi macam ni. Dalam 24 jam masa yang Allah bagi kat kita apesal pukul 2pagi yang korang pilih tuk beriadah.
Patutnya kita kene muhasabah diri sendiri. Apa tanggungjawab aku sebagai seorang mak ayah, guru, jiran, rakan, polis dan sebagainya. Dan apa tanggungjawab kita sebagai seorang muslim. Nabi dah bersabda bila nampak maksiat, CEGAH dengan tangan, tak mampu baru dengan lisan dan last sekali barulah dengan hati. Tapi kita ni pandai sangat (penakut???) first-first dah cegah dengan hati. Hai apa nak jadi kita ni. Sesungguhnya itulah selemah-lemah iman. Sampai bila kita nak jadi macam ni. Kalau PC tu pandai je upgrade tapi iman dok kat takok lama je. Tapi tu ok la jugak cegah dengan hati, yang Abang ana cite smalam time tahun 90-an, siap polis lak yang tumpang skodeng. Bila team dakwah datang dorang lak yang kene ugut. Macam mana negara nak bebas dari maksiat kalau penguat kuasa yang dok jaga sampai macam tu.
Di kesempatan ni ana nak ucapkan jutaan tahniah kepada Unit Amal kerana melaksanakan xpdc Dakwah ke seluruh negara pada malam tersebut. Sekurang-kurangnya masih ada lagi anak-anak muda yang sedar dan berani menyedarkan yang lain tentang situasi sekarang ni. Tanpa jiwa muda yang prihatin dengan isu semasa, yang sedar dengan permainan barat ini tak mustahil kita juga akan menerima nasib yang sama dengan Palestin. Diganyang sesuka hati tanpa ada negara lain yang mempedulikannya.
Wednesday, December 31, 2008
Kage Bunshin No Jutsu dan Pengorbanan
Bila dok sorang-sorang ana selalu gak dok termenung, kan best kalau aku ada power macam Son Goku, leh gi mane-mane je. Only used Gerakan Sejenak je. Senang nak balik poli atau ke tempat lain tuk meting or hendle usrah dan program. Sekarang ni asek ponteng program je. Ape taknye, buat jauh-jauh. Kat Kuantanlah, Jalan Raja Laut la. Dah la ana taktau jalan. Nak gi umah Ustaz Mior pun terpaksa tumpang Abang Amin.Emm atau ada power macam Naruto, guna jurus pembahagi bayang tuk ramaikan orang masa pi demontrasi. Tengok la yang pergi baru-baru ni dok bantah Israil laknatullah tu adalah dalam 500orang. Kalau aku datang 1000 orang dah makin ramai. At least bagi orang lain bersemangat and biar bayangan tu dok kat depan agar orang ramai tak cedera bila polis mengganas. Tak pun tuk kerja-kerja tampal poster ke ape ke... Ape salahnya kan. Bukan nak gunakan power tu semua tuk benda yang tak elok. Semua tuk kerja-kerja dakwah islam. Kekadang ana sempat panjatkan doa mintak-mintak ana ada kuasa tu. (Ini cerita betul bukan main-main (,”)hehe)
Tapi kita kene terima hakikat inilah Islam, jalan yang kita pilih yang akan membawa kita ke arah kebaikan. Jalan ni takkan mudah kita nak tempuh. Nak kepada islam pastinya memerlukan pengorbanan yang sangat besar. Nak balik ke poli, kita terpaksa korbankan masa, dah la letih kerja, ada program dengan kawasan lagi, kampung dah tak penah jenguk, waktu senggang terpaksa diisi dengan keperluan dakwah yang lain. Masa satu hal, duit lagi. Alahai bila pikir pasal duit lagi parah. Dah la duit cukup-cukup tuk sem depan je.(Nampaknye terpaksala tangguh nak kawin (",))
Nak ramaikan perhimpunan aman bukannye senang.sudah la berisiko dengan FRU, masa, wang, promosi, alahai siksanya perjuangan ini. Tapi sahabat-sahabat semua inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam memastikan Islam dapat di tegakkan. Apalah sangat pengorbanan yang kita lakukan jika dibandingkan dengan nikmat Allah. Usah dibanding dengan nikmat sebiji mata kita, malah jika dibanding dengan sebiji buah mata kucing yang kita makan pun pastinya tak dapat dinilaikan berbanding dengan amal dan pengorbanan yang kita lakukan. Tanpa sebiji mata kucing pastinya kita takkan dapat mengetahui bagaimana rasanya buah tersebut. Jika ditanya kepada ana bagaimana rasanya buah mata kucing pastinya ana akan berkata ”rasanya adalah seperti memakan buah mata kucing juga adanya.” Hee So nak tau makan la sendiri.
Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar dan sentiasa istiqamah dan bersabar dalam perjuangan. Janganlah kita disibukkan dengan masalah-masalah peribadi dan cuba menyisihkan diri dari aktiviti dakwah. Ingatlah, ayat yang membuatkan rambut nabi beruban adalah, “Maka istiqamahlah kamu (pada jalan yang benar) sebagaimana diperintahkan kepada kamu dan (juga) orang yang telah bertaubat bersama kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Maksud Al-Quran Surah Hud:112)
Tuesday, December 30, 2008
Doa Buat Pejuang
Berikanlah Kekuatan,
Mudahkanlah Urusan,
Lapangkanlah Perasaan,
Hulurkanlah Bantuan pada para pejuang yang adakalanya hampir kelemasan
apabila dihimpit asakkan demi asakkan.
Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Hancurkanlah Kebatilan,
Robohkanlah Kezaliman,
Hapuskanlah Kerakusan,
Leraikanlah Ketamakkan dari musuh-musuhmu yang ketandusan
serta kegersangan dari keimanan.
Ya ALLAH..Ya Tuhanku,
Tegakkanlah Kebenaran,
Serlahkanlah Kemenangan,
Pancarkanlah Keadilan
diatas KEIKHLASAN dan KETELUSAN serta PENGORBANAN seorang insan
yang sentiasa meraih KEREDHAAN serta KERAHMATAN
yang sedang dalam perjalanan menuju kepenghujung kehidupan
dan yang pastinya dalam perjalanan pulang kedunia yang berkekalan..
Syahidkah Mereka???
Dalam ucapan beliau ada dikisahkan berkenaan perancang serangan di Bali. So ana pun dok cari gambar seperti mana yang diceritakan dan terjumpa gambar ini. Juga dikisahkan beberapa peristiwa lain seperti terdapat tiga ekor burung besar yang terbang mengiringi kenderaan yang membawa jenazah dan berpisah salah satu daripadanya apabila Imam Samudra dibawa kekampungnya.
Sama ada mereka syahid atau tidak terpulang kepada anda semua tetapi perhatikan gambar ini dan anda nilaikan.


