Sunday, August 30, 2009

Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia


Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian, katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia.

Beliau juga ialah bekas timbalan ketua pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian, antaranya, anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Kekalahan Kali Ke 7 BN di Semenanjung


Keputusan pilihanraya kecil N11 Dun Permatang Pasir berpihak kepada Pas yang menang dengan majoriti 4,551 undi.

Tahniah buat seluruh tenaga kerja serta penyokong Pakatan Rakyat memenangkan calon Pas, Ustaz Salleh Man.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengundi Permatang Pasir yang telah membuat pilihan yang bijak dan tepat di dalam bulan mulia Ramadhan ini.

Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir

Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

Jamratul Umno di Permatang Pasir

Biasanya kita melontar batu di Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus-Sughra. Tetapi di PRU Permatang Pasir sini juga, kita dapat menyaksikan aksi melempar batu walaupun musim haji belum tiba lagi. Mungkin boleh dinamakan Jamratul Umno!
Seorang anggota Pemuda Umno luka ringan di tangannya dalam satu insiden baling batu di Bukit Indera Muda, Permatang Pasir tengahari tadi.

Ketika sekumpulan 200 skuad bermotor Pemuda Umno dari Kubang Semang itu berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan polis sengaja menguatkan bunyi enjin motosikal mereka, menyebabkan terjadi perang mulut antara penyokong PAS dan Umno.

Tempat kejadian itu terletak kira-kira 50 meter dari pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Indah. Terdapat juga sebuah markaz BN berdekatan tempat itu.

Mari Mengundi Calon Kita


Pagi itu terlalu tenang, tidak seperti pilihanraya kecil yang lain yang mana selepas subuh berduyun-duyun peraih-peraih undi turun kelokasi masing-masing untuk menarik sokongan pengundi. Namun berbeza di Permatang pasir, seawall 7 pagi hanya polis yang ramai de sekitar tembat pembuangan undi. Pukul 8 pagi setelah pusat pembuangan undi di buka keadaan yang sama masih berlaku. Namun suasana yang sepi bertukar meriah apabila para penyokong semakin mendekati pusat pembuangan undi.

Pada dasarnya SPR telah berjaya kali ini untuk menjadikan PRK suatu yang ditakuti dengan mempergunakan seramai mungkin polis dan tentera disamping pelarangan pondok panas. Tapi walau apapun kami para pejuang tetap akan memeruskan perjuangan memenangkan Parti Islam Semalaysia. Takkkbirrrr

Berikut adalah gambar sekitar hari pembuangan undi selepas pukul 10 pagi.


Sekitar Penamaan Calon Permatang Pasir


Alhamdulillah hampir 10 ribu penyokong Pas berkumpul di Pesta penamaan calon Bagi Dun Permatang Pasir yang berlangsung di IKBN Bukit Mertajam. Walaupun berlaku sedikit kekalutan namun secara keseluruhannya ia berjalan dengan lancar. Pas telah nenamakan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, ustaz saleh man sebagai calon, manakala calon Bn adalah Rohaizad Othman, SU Umno Permatang Pauh.








Fahami 4 Elemen Perjuangan

Setiausaha Agung PAS, Dato' Haji Mustafa Ali menegaskan ketika membentangkan kertas kerja dalam Majlis Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS di Markaz Tarbiyyah PAS Perak di Air Kuning, Taiping bahawa Ahli PAS perlu memahami empat elemen perjuangan parti agar mereka lebih memahami erti perjuangan parti. Empat elemen tersebut ialah dasar PAS yang tidak boleh berubah, memperkasa dan memperkukuhkan seluruh tenaga manusia yang menggerakkan perjuangan jamaah, penyusunan organisasi agar ia menjadi lebih cekap, taktik dan strategi yang berkesan.
Matlamat perjuangan PAS ialah politik dan dakwah di mana kedua-duanya mesti berjalan serentak. Ini amat penting kerana dakwah tanpa kuasa (politik) adalah tidak mencukupi dalam konteks mencegah kemungkaran berdasarkan hadith. Dengan kuasa, kita boleh mengubah apa sahaja dasar negara yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, para pimpinan dan ahli perlu melaksanakan 3K iaitu ketaqwaan, kecekapan dan kreativiti. Penyusunan organisasi pula amat penting kerana ia merupakan penghubung antara pimpinan atasan dengan ahli-ahli di peringkat bawah. Tanpa wujud organisasi maka amat sukar segala dasar dapat sampai ke akar umbi.

Taktik dan strategi boleh berubah mengikut suasana semasa sebagai mana yang dialami oleh PAS sendiri melalui ijtihad tahaluf as siyasi yang mana ia menyaksikan PAS kekal relevan di persada politik negara kerana melakukan kerjasama dengan pihak lain. Antara catatan sejarah tahaluf siyasi ini ialah pada 1974 - 1978 PAS bergabung dengan BN, 1990-1995 PAS bekerjasama dengan S46/APU di Kelantan, 1999 melalui GERAK/Keadilan dan 2008 wujudnya Pakatan Rakyat ang melibatkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Santai Bloggers Bersama PJ


Program Santai Bloggers anjuran Penerangan Negeri telah berjaya mengumpulkan lebih 30 Bloggers di sekitar Perak.

Dalam ucapan perasmian program PJ Ust Abu Bakar telah menyampaikan beberapa pesanan berupa garis panduan sebagai penulis blog Muslim yang bertanggung jawab.

"Dalam suasana kita tiada mempunyai kuasa dan media, adalah diharapkan, melalui penulisan blog,iaitu suatu pendekatan baru, maklumat kita akan dapat menembusi kekangan tersebut dan sampai ke akar umbi," jelas Ust.Abu Bakar.

Beliau menyarankan agar para blogger dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai supaya mereka peka dengan perkembangan dan ehwal semasa negara yang akan memberi semangat dan rangsangan bagi mereka untuk bersama dalam perjuangan kita.

Beliau turut mengingatkan tentang modus operandi Umno/BN yang suka melemparkan tuduhan-tuduhan liar sebagaimana yang pernah Rasulullah sendiri hadapi suatu ketika dulu.

"Ketika ini pun, musuh-musuh Islam akan terus menggunakan istilah-istilah yang sama seperti pembohong, pemecah belah masyarakat , gila dan seumpamanya untuk menyerang pemimpin dan perjuangan kita," terangnya lagi.

Beliau menggesa para blogger supaya meneruskan usaha mencari dan mengolah berita."Selagi berita tersebut ada fakta dan ada hujjah dan dalil, teruskan!" katanya menutup bicara petang itu.