Sunday, August 30, 2009

Santai Bloggers Bersama PJ


Program Santai Bloggers anjuran Penerangan Negeri telah berjaya mengumpulkan lebih 30 Bloggers di sekitar Perak.

Dalam ucapan perasmian program PJ Ust Abu Bakar telah menyampaikan beberapa pesanan berupa garis panduan sebagai penulis blog Muslim yang bertanggung jawab.

"Dalam suasana kita tiada mempunyai kuasa dan media, adalah diharapkan, melalui penulisan blog,iaitu suatu pendekatan baru, maklumat kita akan dapat menembusi kekangan tersebut dan sampai ke akar umbi," jelas Ust.Abu Bakar.

Beliau menyarankan agar para blogger dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai supaya mereka peka dengan perkembangan dan ehwal semasa negara yang akan memberi semangat dan rangsangan bagi mereka untuk bersama dalam perjuangan kita.

Beliau turut mengingatkan tentang modus operandi Umno/BN yang suka melemparkan tuduhan-tuduhan liar sebagaimana yang pernah Rasulullah sendiri hadapi suatu ketika dulu.

"Ketika ini pun, musuh-musuh Islam akan terus menggunakan istilah-istilah yang sama seperti pembohong, pemecah belah masyarakat , gila dan seumpamanya untuk menyerang pemimpin dan perjuangan kita," terangnya lagi.

Beliau menggesa para blogger supaya meneruskan usaha mencari dan mengolah berita."Selagi berita tersebut ada fakta dan ada hujjah dan dalil, teruskan!" katanya menutup bicara petang itu.

No comments:

Post a Comment