Thursday, August 13, 2009

Pilihanraya ke-3 Di Permatang Pauh

Penggal ini merupakan cabaran besar kepada BN. Sudahlah menang dengan hanya majoriti mudah, kini mereka sentiasa dibayangi ketakutan akibat kekalahan demi kekalahan di dalam pilihanraya Kecil yang diadakan. Kini biarpun baru 1 tahun 5 bulan selepas PRU ke 12 namun telah 7 PRK diadakan dan PRK ke 8 akan diumumkan tidak lama lagi. Dan apa yang lebih menggusarkan hati mereka PRK tersebut akan diadakan di dalam kubu kuat PAS sejak dulu lagi. Pas hanya kalah ketika mana Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Permatang Pauh Mewakili BN dan kini ia kembali dimenangi PAS. Itulah dia kerusi DUN Permatang Pasir.

Dun Permatang Pasir kosong setelah penyandangnya Dato’ Hamdan Abdul Rahman yang juga bekas Pesuruhjaya negeri meninggal dunia 31 julai yang lalu. UMNO Pulau Pinang telah menyuarakan keinginan mereka untuk bertanding manakala di pihak PAS pastinya mereka akan sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi tersebut.

No comments:

Post a Comment