Wednesday, March 31, 2010

Lirik Lagu "Tekad"

Sekarang ni aku ske dengar lagu ni...
Sedap senikata dia...
Cuba korang Hayati...



Kami sedari jalan ini
Kan Penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman
Yang akan kami hadapi

Kami relakan jua serahkan
dengan tekad di hati
Jasad ini…. Darah ini…
Sepenuh redha di hati

Kami adalah panah-panah terbujur
yang siap dilepaskan dari busur
tuju sasaran siapapun pemanahnya

kami adalah pedang-pedang terhunus
yang siap terayun menebas musuh
tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas dihati
Tuk hanya ridha Ilahi rabbi…..

Kami sedari jalan ini
Kan Penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman
Yang akan kami hadapi

Kami relakan jua serahkan
dengan tekad di hati
Jasad ini…. Darah ini…
Sepenuh redha di hati

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
yang siapkan ditembakkan dan melaju
dan mengoyak menumbang kezaliman

Asalkan Ikhlas dihati
Tuk jumpa wajah Ilahi.. Rabbi….

Kami sedari jalan ini
Kan Penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman
Yang akan kami hadapi

Kami relakan jua serahkan
dengan tekad dihati
Jasad ini…. Darah ini…
Sepenuh redha di hati

kami adalah mata pena yang tajam
yang siap menuliskan kebenaran
tanpa ragu ungkapkan keadilan

kami pisau belati yang selalu tajam
bak kesabaran yang tak penah padam
tuk harungi dakwah ini jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati
Menuju jannah ilahi.. Rabbi….

Kami sedari jalan ini
Kan Penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman
Yang akan kami hadapi

Kami relakan jua serahkan
dengan tekad dihati
Jasad ini…. Darah ini…
Sepenuh redha di hati

Dak Kembo Dari Larut


Ha Cute tak dak kembo yang aku jumpa kat Jambori Amal Kebangsaan tahun lepas ni???? Huh Sampai sekarang aku tak kenal mane satu Mus'ab mane satu Muaz... Dua-dua same je... Mulut leh tahan tak reti nak diam. Tapi ape-ape pun best la kenal dak 2 orang ni...

Owh sowi baru ni tak sempat nak joint Jambori Negeri Perak. Sibuk la Bro... Len kali jumpa lagi...

Ceramah sempena Konvo PSAS: Drama Korea

Haha tah ape la keje aku dok rajin bertandang ke Poli petang tu. Siap dengar ceramah lagi. Tah ape tajuknye. Sempena Konvokesyen PSAS. Maybe sebab aku lari dari program jemaah kot. Liqa' kawasan di Sabar jaya. Bukan tak nak pi tapi takde kenderaan. Huh tak sanggup aku naik moto ke sabar jaya tu. orang-orang yang sabar je berjaya sampai ke sana.

Kebetulan aku menyaksikan satu pembaharuan yang aku sendiri tak pernah berjaya lakukan time berkuasa dahulu. Buat ceramah di padang ala-ala ceramah Pas. huh leh tahan sambutan walaupun aku yakin yang datang tu ramai yang terpaksa dari sukarela. Tapi tengok budak-budak macam sedikit santai.

Itu satu hal tapi aku nak cite skit sal Lakonan tahap kelakar aka senario yang berlaku malam tu. Biasa la style forum perdana, taknak malukan penceramah orang yang nak bertanya soalan dah disediakan bersama-sama soalannya. Itu perkara biasa lakonan orang kita. Tapi ni lakonan komedi lak yang dorang buat.

bermula dengan pengunguman yang mendebarkan dari pengerusi majlis sebaik je penceramah abis bagi ceramah..... "KINI TIBALAH MASA YANG DINANTI-NANTIKAN...." Wah ada ape lak ni????? memang aku ternanti-nanti..... "SESI SOALJAWAB, KEPADA SESIAPA YANG ADA SOALAN SILA KE HADAPAN.." hampeh nye pengerusi... mendebarkan betul...

Pengerusi masih menunggu... Maybe lambat sangat kot dia pi turun ke bawah pentas ke mic audiens. Adala sorang hamba Allah terhegeh-hegeh berlari dari hujung padang... "HA DIPERSILAKAN SAUDARA !@#$% BIN !@#$^%^& UNTUK BERTANYAKAN SOALAN.." huhu padahal mamat tu baru sampai ke tengah padang. Wow terernye pengerusi majlis sampai leh tau nama orang yang nak bertanya soalan.... Hee terlalu hebat lakonan tersebut sehinggakan berderai gelak ketawa penonton.

Pastu bila dah soalan pertama disoal. elok je dak tu kasi kertas soalan pada MC n nak blah. Penceramah pun cakap "KITA KUMPULKAN DULU SOALAN YE." Tetibe budak yang dah separuh jalan nak blah tu patah balik n ambik balik soalan dan meneruskan pertanyaan 2 soalan lagi.... Huhu kantoinye lakonan dorang ni.... skali lagi dibantainye gelak oleh penonton...

Nak je aku menambahkan lagi kekantoian itu dengan buat soalan tambahan. Aku dan Awi dah sedia soalan mujurlah ada sorang budak nasihatkan aku jangan malukan orang lain. Kalau tak bukan setakat pengerusi Majlis dengan penceramah sekali gelabah....

Bukan ape bagi aku program tu sebenarnya dibuat dengan ketidakikhlasan dorang. just tuk cover program-program consert sempena Konvo. So buatla sket program agama supaya mulut-mulut lect islamik ni terdiam sket.

Sudah-sudah la tu menipu. Kami bukan budak-budak lagi....

MY SUPER BF



Haha ape korang fikir tu??? tak Aku nafikan ni la super BF aku. Atau VIBF ( Istilah ni aku sorang je yang pakai) Very Important BEST FRIEND merangkap adik aku la. Nape Jeles ke??? Jangan nak fikir benda lain lak k.

Budak yang banyak masalah tapi cuba tuk cover smenye sorang-sorang. kekadang tu kecian lak aku tengok tu yang aku sedia tuk hulurkan tangan tu. Lagipun kakak dia lawa ooo. Hahaha

Ape-ape pun bro siapkan report LI tu dulu. Lagi 2 minggu lect nak datang kan... karang tak siap jangan cari abang dah. Orang dah warning awal...

Tuesday, February 23, 2010

Pilihanraya PSAS Bermula Tempang


Pertama kali pilihanraya berlangsung di Politeknik Sultan Azlan Shah bagi memilih perwakilan pelajarnya. Jika sebelum ini semuanya bergantung kepada Hal ehwal Pelajar tetapi kali ini satu anjakan telah berlaku. tahniah diucapkan kepada pihak pentadbiran.

Namun begitu apa yang dikesalkan terdapat beberapa aduan yang dianggap mencabuli hak calon telah berlaku. pihak pentadbiran dilihat cuba untuk bermain tarik tali dalam urusan penamaan calon yang mana beberapa orang calon yang tidak memenuhi kreteria calon cuba untuk diluluskan juga pencalonannya.

Namun diatas bantahan beberapa calon yang lain, calon tersebut telah ditolak pencalonannya. Tahniah buat adik-adik yang berani berdepan dengan pihak pentadbiran dalam menegakkan kebenarah. Juga tahniah kepada semua calon yang telah menawarkan diri sebagai calon pilihanraya tersebut.

Kami Alumni JPPI mengucapkan jutaan Tahniah kepada kalian dan sentiasa mendoakan kalian istiqamah dalam perjuangan.

Monday, January 18, 2010

Tahniah Pro-M UMT


Ape-ape pun ana ucapkan tahniah kepada Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu yang berjaya menidakkan kewujudan Pro-Aspirasi kedangan kemenangan 11-1 dalam pilihanraya kampus semalam.

Mudah-mudahan semangat kebangkitan ini akan berjangkit ke UIAM dan seluruh IPT-IPT yang lain. Ana akan sentiasa bersama menyokong perjuangan kalian.

PSAS juga khabarnya akan mengadakan pilihanraya kampus tidak lama lagi. Kepada adik-adik semua bersedialah, kerana kami pihak alumni yakin kalian juga akan mengikuti kemenangan abang-abang di IPt-Ipt yang besar.Ana yakin dengan semangat dan kebolehan masing-masing pastinya dapat menarik sokongan ramai.

Friday, January 8, 2010

Keselamatan Negara Rapuh

Pegawai atasan tidak terlibat. Hanya pegawai bawahan....
Itulah hakikatnya kes kehilangan enjin Jet pemintas negara bak kata Peguan Negara...

Daripada kenyataan ini menunjukkan kepada kita beberapa perkara yang penting yang perlu kita perhalusi.

1. Keselamatan negara berada dalam tahap yang sangat-sangat lemah. Bagaimana mungkin pegawai bawangan yang dikatakan hanya seorang dua yang terlibat itu mampu untuk menggelapkan enjin jet tanpa pengetahuan pegawai atasan.

2. Mungkinkah pegawai atasan yang tidak terlibat itu tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan. apakah peranan mereka dalam memastikan keselamatan negara terjamin.Adakan mereka hanya sekadar makan gaji buta???

3. Pihak tentera perlu lebih serius dalam merekrut tentera takut-takut yang direkrut itu adalah ejen kepada bangsa atau negara asing.

4. pihak keselamatan perlu lebih peka dengan keadaan ini, jangankan hanya cekap menangkap orang yang berdemontrasi tetapi manusia-manusia yang mempunyai jaringan luar yang besar sehingga mampu menghilangkan enjin pesawat tanpa mampu dikesan ini terlepas begitu sahaja.

Begitu juga dengan kenyataan daripada seorang menteri yang mendakwa harga enjin tersebut hanya bernilai RM300000 dan bukannya seperti mana yang didakwa iaitu 50juta.

Jadi maknanya disini kalau sekadar kurang daripada 1juta ringgit tidak mengapalah jika hilang sekalipun. Tetapi kalau 50juta ia adalah perkara yang serius???

Pihak Jabatan Amal Kawasan Tanjung Malim memohon kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab agar disiasat dengan telus bagi memastikan keselamatan negara berada ditahap yang terbaik.

-Firdaus Hj Muhamad -
Unit Penerangan dan Penerbitan
Jabatan Amal Tanjung Malim