Thursday, April 14, 2011

10 Artis Akan Ikut Jejak Bob Lokman

Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Wednesday, April 13, 2011

PRN Sarawak: Pas Dah Menang

Biar pun tak dapat kerusi tapi sesungguhnya Pas dah menang kali ni. Menang sebelum sempat bertanding...

Sekadar gambar hiasan..

Kalau menang mana-mana kerusi Dun tu adalah bonus buat Pas tapi apa yang Pasti pas telah berjaya menembusi sarawak dengan menubuhkan beberapa cawangan baru disana. Bukan macam Parti melayu yanag sana tu.. Takot dan takde teloq. hee

Di Muara Tuang sekurang-kurangnya 5 Cawangan ditubuhkan dan di Sebuyau lak dah ada 6 penaja. Malah di Dun Sadong Jaya seramai 341 orang bekas ahli PPB telah sertai Pas dan menubuhkan 9 cawangan Pas Disana. Cuba bayang kalau setahun kita berkampung kat sana berapa banyak cawangan akan dapat ditubuhkan. Jangan2 leh kalah semenanjung. cuma apa yang pasti benih yang kita semai tu kita kena pastikan terus bercambah. Jangan Pas ni masing2 balik semenanjung dan tinggalkan benih2 tu melayu dan mati...

Abg Amin Lawyar Calon YDP

Ape-ape pun pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat Abg Amin dan DPPTM kerana jaga aku baik2 selama setahun aku berkhidmat dengan DPPTM.

Kali ni Abg Amin da tak layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda disebabkan faktor umur. Penah sekali time dia jumpak aku kat ofis dia macam mengadu dia taktau nak ke mana dah pas abis tempoh ketua pemuda nanti.. hahaha biasa lah, dia tak brapa ngam dengan orang2 kawasan. Orang muda/profesional mana sama pemikiran dengan golongan veteren. Bercakap dengan fakta. Yang veteren bercakap guna logik..

Tapi ape pun aku ucapkan tahniah buat pemuda yang telah mencalonkan Abg Amin sebagai YDP kawasan yang baru. Terus terang cakap aku setuju bebeno kalau dia jd YDP. Berbanding YDP yang ada sekarang ni Aku tengok Abg amin lebih terkehadapan dalam mendepani isu-isu yang ada. Aku suka cara dia. Dia mmg kaki bangkang tapi bila dah diputuskan dia akan ikut dan diam. takde nak ungkit dah...

Cuma macam cakap Cikgu Ghani ari tu kami leh tolong dia naik tapi dia kena la tolong diri sendiri jugak... Apa yang patut dia ubah tu paham2 la sendiri... Aku just cakap yang baik2 je. Yang tak brapa baik biarla kami je yang tau...

Buat yang terbaik Abg Amin, Saya akan undi dari jauh... Hahaha

Saturday, April 9, 2011

Friday, April 8, 2011

Kenali Calon Pas di Sarawak

Calon-calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011

N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk party'sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.

Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek.

Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448undi.

Statistik Pengundi Sebuyau:
Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%


N24 BETING MARO

Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus seorang peguam berasal dari Sibu, sudahpun berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Ahmad, anak ketiga daripada tujuh adik beradik ialah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini juga merupakan penasihat undang-undang untuk PAS Sarawak.

Di Beting Maro, Ahmad akan berentap satu-lawan-satu menghadapi Razali Gapor dari BN-PBB.

Pada tahun 2006, Bolhassan Di @Ahmad, calon BN-PBB menewaskan calon PAS, Alem Din dengan mendapat 2,796 undi berbanding 1,901 undi.

Statistik Pengundi Beting Maro:
Jumlah Pengundi: 7,868
Malay/Melanau: 90.42%
Chinese: 1.47%
Iban: 8.11%


N20 SADONG JAYA

Di DUN ini, PAS sekali lagi mempertaruhkan seorang pemuda hebat, Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi, 34 yang merupakan calon tunggal PAS pada pilihanraya umum 2008 yang lalu bertanding di Parlimen Batang Lupar, namun tewas di tangan calon BN-PBB, Rohani Abdul Karim.

Ketika ini, Eddy juga berkhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Sarawak dan Pengarah Pasti di Bumi Kenyalang ini.

Pada pilihanraya negeri ke sepuluh ini, Eddy akan berdepan dalam perlawanan tiga penjuru, berdepan dengan Aidel Lariwoo (BN-PBB) and Mahayudin Wahab, calon bebas.

Dalam PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi dari BN-PBB menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.

Statistik Pengundi Sadong Jaya:
Jumlah Pengundi: 7,656
Malay/Melanau: 82.84%
Chinese: 7.64%
Iban: 9.42%
Orang Ulu: 0.01%
Others: 0.09%


N15 MUARA TUANG

Noraini Hamzah, 49 berasal dari Kelantan sudah menetap di Sarawak untuk tiga dekad yang lalu selepas perkahwinannya dengan seorang anak watan Muara Tuang. Seorang ahli perniagaan, suri rumah separa masa dan sebagai seorang aktivis parti dengan baik.

Noraini merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak sebelum beliau membuat keputusan untuk bersama PAS untuk meneruskan perjuangan rakyat. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.

Untuk pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Noraini akan menghadapi adik Ketua Menteri Sarawak, Ali Mahmud (BN-PBB) yang juga merupakan penyandang kepada DUN ini.
Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

Statistik Pengundi Muara Tuang:
Jumlah Pengundi: 18,820
Malay/Melanau: 52.65%
Chinese: 15.63%
Iban: 18.85%
Bidayuh: 11.45%
Others: 0.42%


N03 TANJONG DATU

Nani Sahari diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi DUN Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.

Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.

Nani yang sekarangnya bertugas sebagai seorang pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.

Di DUN ini, Nani akan menghadapi satu lagi pertanding tiga penjuru berdepan dengan penyandang kerusi, Adenan and calon bebas, Gilbert Asson Kulong.

Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

Statistik Pengundi Tanjong Datu:
Jumlah Pengundi: 7,936
Malay/Melanau: 53.06%
Chinese: 19.63%
Iban: 17.34%
Bidayuh: 9.97%

Wednesday, April 6, 2011

Ronda-Ronda KL

Huh dah buang tebiat agaknya. Takde keje dah la tu.. Alhamdulillah sempat aku g jalan2 kat KL n sekitar Putrajaya. Saje suka2. Tapi sempat la dating ngan Rozi n Raudhah kat Putrajaya tu… Pastu aku lepak usha belon udara kat tasik putrajaya tu… malam sebelum tu pulak lepak kat Dataran Merdeka. 1 tempat yang tak pernah aku pikir tuk jadikan tempat lepak hahaha…




Gambar time tengok belon


Lepak2 kat Dataran

3 AGM Dewan Pemuda

Alhamdulillah, banyak Dewan Pemuda Pas kawasan2 telah siap mengadakan mesyuarat agung masing2. Dan secara kebetulan ketiga-tiga dewan pemuda yang aku penah joint iaitu Parit Buntar, Tanjung Malim dan kini Lumut mengadakan AGM pada hari yang sama. So nak taknak terpaksa la aku buat keputusan… Hati ni nak sangat2 pi ke Tanjung Malim, tapi aku masih adalah ahli di cawangan Parit Abu Samah di dalam Kawasan Parit Buntar pada masa yang sama aku bekerja dalan kawasan Lumut…

Haha dan keputusan akhir yang aku buat adalah joint dengan kawasan Lumut yang mana aku masih tak berapa aktif disini… Jadi pas ni terpaksa la aku aktif2 kan diri disini.. AGM ari tu sebagai tapak je sebenarnya untuk aku lebih aktif di sini… Segala pengalaman bersama Parit Buntar dan Tanjung Malim akan aku curahkan disini..

Dan secara kebetulan pulak ketiga-tiga kawasan telah mendapat ketua baru. Parit Buntar, Dr Mahyudin mengantikan Cikgu Azmi, Abg Junaidin mengantikan lawyer Aminuddin yang sampai umur bersara wajib di Tanjung Malim manakala Ustaz Badrul mengetuai Pemuda Lumut setelah memangku jawatan tersebut hamper setahun. Tahniah dan takziah buat yang dilantik..
Ape2 pun selamat maju jaya kepada semua. Jangan lupa pimpinan kali ini merupakan pimpinan yang akan menerajui PRU yang ke13 di tempat masing-masing.

Ucapan perasmian Oleh Ustaz Aidil

Ketu pemuda baru Ustaz Bad memberi ucapan

AJK DPPKL yang baru

Antara perwakilan DPPKL yang hadir