Friday, June 26, 2009

Ustaz Fauzi Calon Pas

Akhirnya malam tadi Tok Guru Nik Aziz telah mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calon Pas bagi kerusi Manek Urai. Beliau yamg merupakan seorang pemborong ikan telah diamanahkan sebagai Bendahari Pas Kuala Krai.

Untuk rekod Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Umno pula akan mengumumkan calonnya malam esok.

Apa yamg pasti pastinya persaingan sengit akan berlaku.

p/s aku nak sangat pi sana tengok suasana pilihanraya kat kelantan. Tapi macam takde peluang je. Ada masalah la hee

No comments:

Post a Comment