Sunday, April 19, 2009

PSP dan PPD, Suatu Pertemuan

Alhamdulillah, Aku puas..

Kunjungan 2 buah poli ke PSAS berakhir dengan suatu input yang amat bermakna buat aku dan JPPI. Poli Seberang Prai dan Poli Port Dikson. Ya mungkin tujuannya berbeza namun aku rasakan pertemuan tersebut amat bermanfaat bagi Islam dan perjuangan yang aku dokongi hari ini.

Pertemuan yang tak dijangka dengan Abdul Hadi dan Syafie, dua figur besar yang komited dengan perjuangan islam di PSP memberikan aku satu lagi informasi baru berkaitan pergerakan JIK Politeknik yang mana pastinya maklumat ini amat berguna kepada PEMIMPIN. Bermakna secara tidak langsung bukan aku sahaja yang mendapat manfaat dari pertemuan ini malah poli-poli di bawah Pemimpin juga akan mendapat manfaat yang sama. Dan di harapkan dalam masa yang terdekat pihak PSP dapat menghubungi Pemimpin bagi membolehkan penyelarasan dilakukan.

Begitu juga dengan PPD. Walaupun tiada gerakan Islam yang dikesan namun benih-benih telah mula kelihatan. Dan benih-benih ini jika di jaga sebaiknya pastinya akan membuahkan suatu hasil yang baik. Adik-adik dari PPD agak komited dengan apa yang mereka lakukan pada hari ini. Namun begitu mereka memerlukan lebih pengalaman dalam menjadi peneraju ummah di bumi PPD. Mudah-mudahan dengan pertemuan singkat kita pada hari ini akan memberikan adik-adik suatu input berguna untuk menjadikan matlamat adik-adik dalam mendaulatkan islam tercapai.

Thursday, April 16, 2009

DET6 TERBAIK


Selalu dok cite isu negara, kali ni aku berbalik kepada isu Poli lak.

Alhamdulillah Kelas aku Diploma Kejuruteraan Elektrik DET6 berjaya mengungguli kedudukan terbaik dalam Ujian 1 Matematik kejuruteraan 5 dengan memperolehi 100% lulus.

Aku tak pasti la pulak apa masalahnya. tapi aku rasa senang je math5 tu. just masukkan dalam rumus dan dapat kan jawapannya.

Ape-ape pun jutaan tahniah aku ucapkan kepada semua dak-dak kelas aku kerana berjaya meluluskan diri dalan ujian math5 tu. Jangan lupa minggu depan ada ujian math ke2 lak. jangan sampai kantoi lak k.

Kepada kelas lain tu terima la hakikat ni. kalau nak fight kita berentap dalam ujian 2 lak minggu depan k.Cayok cayok

Belum Hilang Letih Bukit Gantang Penanti Menanti

Pilihan Raya lagi...

Haha mungkin itulah keluhan bagi sesetengah orang. Tetapi ana yakin ramai yang suka bila PRK ni berlangsung.

Belum sampai waktu berpantang bagi PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang ai satu lagi PRK akan menyusul berikutan perletakan jawatan penyandangnya Saudara Fairuz Khairuddin Bekas Timbalan ketua Menteri PP yang mengundang banyak kontroversi.

Berikut ana paste kan kenyataan Fairuz Semalam.

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.


PRK ni ada kebaikan dan ada banyak keburukan. Yap, pastinya kita dapat mengukur dari masa ke semasa penerimaan orang ramai kepada parti dan sedikit sebanyak menaikkan moral para petugas. Malah ia juga pastinya akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan penambahbaikan infrastruktur, namun begitu ia melibatkan penggunaan wang yang sangat banyak berbanding PRU. so Sama-sama lah kita bermuhasabah diri.

P/S: PR pasti menang lagi sebab kawasan tu kawasan Anuar Ibrahim.

Mufti Perak SB????

Menarik, kalau tengok di dalam biodata Dato Harusani, Mufti Perak dalam Wikipedia Malaysia, jawatan antara tahun 1964-1967, beliau pernah bekerja di Cawangan Khas, Jabatan Perdana Menteri. Ada pepatah mengatakan, sekali SB selamanya SB. Mungkin perkara ni menjawab banyak persoalan tentang tindakan beliau yang ganjil dan pelik akhir-akhir ini. Aku pastekan Petikan dari Wikipedia tu.

Harussani Zakaria

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Isterinya Datin Seri Hajjah Ainon binti Abdul Ghani. Anak 4 orang. Tinggal di 109, Jalan Abdul Hamid, Kampung Melayu, Sungai Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

Pendidikan
• 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
• 1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
• 1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
• Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
• Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
• Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

Jawatan
• 1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
• 1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
• 1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
• 1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
• 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
• 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri

Wednesday, April 15, 2009

Nak derhaka lagi ke???

Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh dipetik berkata, bekas menteri besarnya Dato'Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis.

Malah beliau dilaporkan oleh satu laman web, menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram".


Bukan aku yang cakap tapi tu kenyataan dari Ketua Penerangan UMNO Perlis. Huh nak melawan cakap Raja Perlis lagi ke???

Tu kat perlis. Yang kat Ganu pun sama gak. Kalau orang Pas yang nak buat undi tak percaya tu memang dah biasa tapi ni geng sama geng. Huhu tak puas hati dengan MB atau dengan Sultan???

Aku selalu cakap kalau nak hancur bukan Pas yang akan hancurkan UMNO, tapi orang-orang UMNO sendiri.

Sunday, April 12, 2009

Aku Jadi Pegawai SPR…

Tak pernah terfikir dalam hidup, aku ni akan jadi pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR}. Walaupun hanya tuk pemilihan pemuda kawasan tapi tetap SPR kan. Hehe.

Ayat dah mantap. Lama aku sediakan. Semuanya berjalan dengan lancar. Elok time bukak soalan, macam-macam soalan keluar da. “Macam mana kalau calon dah lebih had umur?” “Macam mana nak pangkah?” Adoi macam mana aku nak jawab ni. Adala pulak yang nak tarik diri. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada Awi, Rudy and Iman di atas pertolongan kalian. Kalau tak, lagi la aku kelam kabut.

Dan akhirnya keputusan menjelma. Berikut aku senaraikan AJK baru Pemuda PAS Tanjung Malim.

Pengerusi Tetap: Ustaz Mad
T. P. Tetap: Abang Salim
Ketua: Abang Aminuddin KP
Timb Ketua : Abang Rustam
Naib Ketua : Cikgu Gani
AJK : Abang Shamsul
Abang Nasir
Cikgu Azhari
Abang Rafi
Abang Junaidin
Abang Suhaily
Ustaz Arman
Abang Azmi
Pemeriksa Kira2: Ustaz Azizan
Abang Khairul

Tapi yang peliknya adalah Ustaz Nik. Dia yang hepi lebih2. Alasan yang diberi, sebab tak menang haha. Tapi takpe. Dia ingat di akan terlepas la tu. Sori beb, kuota lantikan ada lagi 5 orang. So bersiapla untuk di lantik. Macam tu la perangai orang Pas masing-masing nak elak jawatan. Sebab dorang paham, jawatan bukan satu kebanggaan tapi suatu amanah.

Gambar Sekitar PRK P059

YB Speaker Datang Meninjau Perkembangan Semasa

Uncle Mat Sabu Dan Bro Adli Zahari

Aku Yang sedang bertugas

Petang sebelum hari mengundi

Tepi Simpang Nak masuk ke Markas Jelutong