Thursday, April 16, 2009

Belum Hilang Letih Bukit Gantang Penanti Menanti

Pilihan Raya lagi...

Haha mungkin itulah keluhan bagi sesetengah orang. Tetapi ana yakin ramai yang suka bila PRK ni berlangsung.

Belum sampai waktu berpantang bagi PRK Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang ai satu lagi PRK akan menyusul berikutan perletakan jawatan penyandangnya Saudara Fairuz Khairuddin Bekas Timbalan ketua Menteri PP yang mengundang banyak kontroversi.

Berikut ana paste kan kenyataan Fairuz Semalam.

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.


PRK ni ada kebaikan dan ada banyak keburukan. Yap, pastinya kita dapat mengukur dari masa ke semasa penerimaan orang ramai kepada parti dan sedikit sebanyak menaikkan moral para petugas. Malah ia juga pastinya akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan penambahbaikan infrastruktur, namun begitu ia melibatkan penggunaan wang yang sangat banyak berbanding PRU. so Sama-sama lah kita bermuhasabah diri.

P/S: PR pasti menang lagi sebab kawasan tu kawasan Anuar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment