Wednesday, April 22, 2009

Kamilah Ansarullah

Firman Allah SWT dalam surah Ass-Saff ayat terakhir menjelaskan bahawa perintah Allah SWT agar setiap orang beriman menjadi golongan Ansarullah atau pembantu agama Allah SWT. Sepertimana yang telah di tanya oleh Nabi Allah Isa a.s kepada golongan hawariyun “siapakah golongan Ansarullah. Mereka menjawab kami lah pembantu agama Allah”. Justeru ayat ini menunjukkan bahawa semua golongan terutama pemuda yang senantiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah adalah merupakan golongan yang wajib menjadi golongan Ansarullah.

Bicara tentang pembantu agama Allah. Bukan mudah nak laksanakan tetapi itulah hakikatnya. Dalam ketidaksanggupan kita di situlah terletaknya nilai pengorbanan yang perlu kita bayar dalam memastikan penghujung hidup kita adalah dalam keadaan husnul khotimah.

Kita tolong agama Allah Allah tolong kita balik dan Allah teguhkan pendirian kita. Satu dibalas dua. Nah apa lagi yang kita mahukan.

"Barang Siapa yang bertakwa Allah permudahkan urusan hidupnya dan datangkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka." Surah At-Talaq ayat dua. Juga satu dibalas dua. Kita hanya melaksanakan satu perkara yang Allah suruh tetapi Allah membalasnya dengan pemberian bonus yang besar.

Ya mungkin inilah ayat yang sering ana lafazkan kepada adik-adik ana, mudah dituturkan. Namun sangat susah untuk dilaksanakan. Dalam keadaan yang serba kekurangan kadang-kadang kita mengharapkan orang lain mengerti dengan kondisi kita. namun begitu mereka tidak pernah memahami apa yang kita lakukan. Ingin meminta malu. Hanya pada Allah tempat ana mengharap. Mudah-mudahan Allah sentiasa memudahkan urusan ana.

Setakat hari ini Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Yakin pada janji-janji Allah, laksanakan apa yang diminta Insya Allah yang selebihnya serahkan kepada Allah. Ana dah nampak hikmahnya.

No comments:

Post a Comment