Sunday, April 12, 2009

Kalah Juga Akhirnya

Harapan membara untuk melakukan rekod baru bagi UPU Jelutong akhirnya terkubur. Kami terpaksa menerima hakikat bahawa jentera yang kami bawakan masih mempunyai kelemahan di sana-sini. Jika pada PRU ke 12 UPU tersebut hanya mengalami kekalahan 11 undi sahaja namun begitu pada kali ini kami kalah melebihi 120 undi.

Dengar kata perang besar ketika sesi post mortem. Masing-masing cuba untuk mencari alasan. Namun begitu aku pasti selepas ini segala kesilapan pasti akan diulang semula. Tiada yang serius untuk bekerja selainkan beberapa orang sahaja yang sanggup berkorban masa tenaga dan wang ringgit untuk memastikan Islam menang di Bukit Gantang.

Harapannya biarlah selepas ini masing-masing muhasabah diri sendiri agar sekurang-kurangnya untuk kita menghadapi kebarangkalian Pilihanraya DUN Perak yang dijangka pada bulan 6 ini. Andai kata kita masih lagi di tahap ini pastinya Perak akan melayang ditangan musuh.

Pos Tanjung Malim

Ketika bertugas semak daftar pemilih di Pos

Berehat di Pos

No comments:

Post a Comment