Friday, April 3, 2009

Aku Sayang Abah Aku

Semalam aku calling abah. dalam seminggu dua ni aku agak kerap la jugak call abah. Tak tau sebab apa tapi aku rasa macam rapat sangat dengan abah.

Abah penah cakap, "atuk dulu meninggal masa umur 58 tahun la." dan tahun ni abah dah berumur 58 tahun sebaya umur atok aku time dia meninggal. Time atok meninggal aku baru berumur 40 hari. aku taktau apa pun time tu. Ya Allah kau panjangkanlah umur ayah ibu ku dan Kau rahmatilah mereka. Kau kasihanulah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa aku kecil.

MAK ABAH ABANG MINTA MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP YANG ABANG LAKUKAN.

Time calling semalam abah cakap Najib istihar bebaskan 13 tahanan ISA dan tarik balik penggantungan Harakah. Aku dengan selambenye jawab " bagus la tu tapi lawan tetap lawan." abah gelak je. Aku tak penah bergurau ngan abah macam ni. Dan aku akan ingat kenangan ni sampai bila2.

No comments:

Post a Comment