Friday, April 10, 2009

Kisah Nga Kor Ming Dan Ayat Al-Qurannya

Alhamdulillah bukan muslim sudah berjinak-jinak dengan Islam. Ia terbukti dengan pebuatan YB Nga yang kini sudah pandai membaca Al-Quran walaupn sebutan dan tajwidnya tak betul. Setidak-tidaknya di cuba menggunakan al-Quran sebagai hujjah dan bukannya seperti Pemimpin-pemimpin UMNO yang selalu munggunakan hujjah akal ketika bercakap. Dan pastinya apa yang mereka cakapkan akan terkena batang hidung sendiri ketika itu.

Peristiwa ini mengundang pelbagai reaksi. Ramai pimpinan UMNO meminta dikaji semula dan dibuat satu peraturan agar bukan Islam dilarang membaca al-Quran. Haha tapi ilmuan Islam ramai yang berdiam diri kerana mereka tahu tentang hukum membaca al-Quran. Malah tindakan orang yang berkepentingan dalam UMNO ini menyebabkan ruang dakwah menjadi semakin sempit dan pastinya orang bukan islam akan menganggap islam ini dengan anggapan yang tidak elok. Islam hanya untuk melayu. Huh sebab cina tak boleh guna Quran.... So fikir-fikir la wahai orang UMNO.

Kepada tok Mufti tolongla fikir guna kepala otak jangan guna kepala lutut. Jangan jadi kuda tunggangan. Awak tu dah tua, dah nak mati. So beramal la dengan ilmu yang ada.

No comments:

Post a Comment