Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

Wednesday, July 13, 2011

TAHNIAH DEMOSTRAN....

Aku sedih, pilu dan kecewa... Kadang2 tertanya2. Kenapa aku tak bersama kawan2 lain dalam himpunan Bersih yang lalu...

Tak ada jawapan....

hari ni, selepas 4 hari Himpunan Bersih baru aku berpeluang mengikuti pehttp://www.blogger.com/img/blank.gifrkembangannya. Tengok TV huh haram jadah... buang masa... aku baca satu demi satu tulisan di blog para sahabat... Dan aku tertarik dengan artikel yang bertajuk PUSH BERSIH : Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS.

Teringat dulu2. ketika himpunan Mansuh ISA. Kejadian yang sama aku pernah rasai... Rasa selamat bersama para sahabat... Macam ada reunion.. Bila Gas pemedih mata dihamburkan tanpa kenal siapa pertolongan diberikan... Manis terasa...

Walaupun pedih terasa bila dihambur gas dan air kimia tapi rasa rindu menjelma... Entah bila aku akan dapat menyedut gas tersebut lagi... yang pasti aku telah sia2kan peluang tersebut.

Wednesday, May 25, 2011

Dari Farmville Ke Penternak Berjaya

Siapa sangka permainan farmville akhirnya mencetuskan idea untuk menjadi penternak berjaya..

Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku kepada seorang anak muda yang sangat meminati permainan farmville. Bermula dengan suka-suka akhirnya kini beliau berjaya memiliki sereban puyuh dan bakal membangunkan projek ayam gajah pula.

Ashraf Muhamad berkata kali pertama membela puyuh beliau hanya meletakkan nya di dalam almari lama yang diguna semula tetapi berbekalkan minat yang mendalam beliau dengan kerjasama kontraktor terkemuka Hj Muhamad & Son telah menyiapkan reban yang lebih sistematik dan selamat.

Walaupun pada kali pertama beliau boleh dikatakan gagal kerana banyak puyuhnya dimakan bambun, namun beliau tidak patah semangat untuk meneruskan projek tersebut. Kini beliau dalam proses untuk menambahkan lagi bilangan puyuh dan ayam gajahnya.... Dan kemungkinan besar projek ayam kampung akan menyusul...

Agak besar.. Bukan setakat puyuh, tuan puyuh pun boleh masuk

Upecara perasmian pembukaan reban puyuh yang baru.

Emm sekarang dah ada sepuluh ekor puyuh, esok2 leh tambah 10 ekor lagi ni... Huhu berjaya berjaya

Wednesday, May 4, 2011

Siapa Si CELAKA Itu???



Saya Mohd Firdaus Bin Hj Muhamad telah mendapati seseorang telah menggunakan nickname saya (USMAD)untuk memburuk-burukkan Pas dan Pakatan Rakyat serta hubungan baik PAS-DAP. Terbuatan terkutuk ini sedikit sebanyak telah mencemar dan mencalarkan imej dan maruah saya.

Saya menafikan sekeras-kerasnya pernah menulis komen-komen sedemikian di Chatbox Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim dan percaya kerja-kerja jahat ini telah dilakukan oleh orang-orang yang dengki dan khianat dengan kerjasama erat yang terjalin dikalangan Parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Kepincangan diantara hubungan UMNO-MCA sudah tidak dapat ditutup. Sehubungan dengan itu mereka cuba untuk sedaya upaya melaga-lagakan diantara komponen PR dan salah satu caranya adalah dengan cara terkutuk yang mereka gunakan kini.

Saya juga yakin dengan cara terdesak sebegini akan menyebabkan UMNO dan BN lebih cepat tersungkur dan tewas... Mereka bukan hanya tidak berjaya merosakkan Pakatan Rakyat malah menyebabkan orang lebih benci kepada UMNO dan BN.

MOHD FIRDAUS BIN MUHAMAD - USMAD

komen-komen negatif pada PR yang tidak pernah saya lontarkan..

Tuesday, April 26, 2011

Tanjung Malim Bertukar YDP

Alhamdulillah, tak sia-sia aku mintak cuti tuk balik ke Tanjung Malim.

Sengaja aku hadir kali ini khas untuk ke Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tanjung Malim. Di tambah pula dengan ketidakdapathadiran aku pada AGM pemuda tempoh hari membuatkan aku melonjak-lonjak untuk terus hadir hingga ke akhir persidangan..

Abg Amin pernah bagitau aku tah ke mana dia nak pi pas abis pemuda ni dan kini dia dah tau mana hala tuju dia. Batton YDP sudah di diserah ke tangan hanya menunggu masa untuk memecut laju… Aku yakin YDP baru hadir dengan semangat yang baru dan harapan yang tinggi oleh anak-anak buah akan cuba sehabis baik untuk memajukan Pas kawasan…

Jika pemuda sudah mengemukakan plan 2 tahun yang berteraskan 3P (Pertambahan Ahli, Pentarbiyyahan dan Pilihanraya) pastinya ramai yang mengharap YDP baru akan membawa satu perubahan besar dalam merencanakan perjalanan Pas Tanjung Malim terutamanya dalam menghadapi PRU yang akan datang.

Para perwakilan sedang bermesyuarat

Jawatankuasa baru yang dipilih

2 Jam Dah Habis Pusing Pangkor

Huh sangat-sangat tak best. Tak dak apa pun kat Pangkor tu. Kalau aku jadi penghuni Pangkor mau mati kutu dibuatnya. Takdak apa yang menarik kecuali mat2 saleh yang berjemur di pantai pangkor hee….tapi ri tu tak jumpak pun mana2 mat saleh...

Kalau ada yang ngajak aku ke sana tuk bercuti lg mati idup semula pun aku tak sudi. Bagi aku bek lepak di Teluk batik.. Sekurang2nya selamat RM10 tuk tambang feri dan duit tuk sewa Van. Ritu aku bawak moto abis la jugak RM16 tuk tambang feri…

Hanya 2 jam diperlukan utk pusing pangkor nek moto. Tu pun sempat la singgah2 kat Kota Belanda dan 2 3 tempat tuk amek gambar. Pastu just lepak Kat Teluk Nipah je. Aku pun taktau nak cite ape sal pangkor hahahaha…..

Time kat Kota Belanda.. Huhu

Ini gambar kat mane tah. Kira sempat la brenti tepi jalan amek gambar..

Sempat la mandi manda kat Teluk Nipah. Yang bestnya air dia cantik, jernih dan tak ramai orang. ari tu kitorang berdua je. naik segan pun ada..