Sunday, March 25, 2012

Malang Yang Tak Sudah

Entah malang mana yang hinggap kat aku.. Mungkin ni balasan buat orang yang baik.. Ingat taknak nyusahkan orang tapi tersusahkan diri sendiri lak. kalau aku terima pelawaan orang tu hari tu maybe sme ni tak berlaku..

Ingat nak pi konvo Ilsas just nak hepi-hepi tapi rupanya malang menanti. Siap beratur panjang.. Lepas satu satu yang datang mujur la aku kuat semangat. heee
Aku cuba henjut pelan-pelan dengan moto kesayangan aku tu. Tapi tetibe sblm tol rawang dia dah start jem pulak.. Mujur la tak jem terus.. Dalam hati aku abesla... kuar tol Sg Buloh singgah jap kat kedai moto. Ayat first yang kuar dari pomen tu, "Enjin sudah bunyi la, ini piston ada problem, mau bukak sekali ka???" "Kalau bikin brapa agak??""tgk dulu la.. kalau tak teruk dalam RM250." hehehe. tapi sebbek aku buat kat apa pomen melayu tu.. just kena RM160 je..

Kopak beb..

Dah anto moto g kedai, alamak aku nak pi Uniten naik ape lak ni.. Adoiii..

"Adik nak mintak tolong leh???" huhu terpaksa buat suara manja kat adik aku.. Sebbek dia mmg baik n nak tolong walaupun tgh gaduh2 jugak time tu.. Hahahaha mmg terbaik la kerekter katun dalam FB kimi ni... emm mmg banyak sangat tolong aku dari start kenal dia lagi.. Kredit tuk Adik Kimi..

Tapi malang tak settle lagi.. Ada lagi yang menyusul.. Pagi raptai konvo tu dengan bergaya dan bersemangat aku kuar rumah. Suar jeans, kemeja T Siap ber kasut hitam kesayangan lg.. hee mmg smart la.. Elok je nak berjalan g masjid tetibe rasa lain macam je.. bila pandang belakang tetibe nampak 1 tapak kasut. Huhuhu time ni la nak buat pasalnye pon.. Adoi mane nak cari gam ni...Jenuh jugak mengcover. Sebbek tak ramai orang nampak. Malam tu kopak lagi duit Aku RM85 beli kasut itam. Huhuhu..

Ok la fine konvo dah settle tapi mmg la penat sangat.. Kaki kiri aku ni sampai sakit2 sampai la ari ni.. Stil tak leh angkat tinggi. Taktau apa puncanya.. So pagi jumaat yang tenang tu aku pun sersiap la pagi2 nak balik ke manjung untuk meneruskan kehidupan ku.. tapi alamak.... La apehal banyak minyak itam meleleh ni??? Huhuhu Ada bocor la pulak... Maknanya Kuar duit lagi la ni... Huhu nak nanges.... Ni la konvo yang aku akan ingat sampai bila2....

Sunday, March 11, 2012

Ambil Pengajaran Dari Hakim

Bila aku terpandang gambar ni hati tiba2 terusik. So aku terus baca apa yang tercatat dan tanpa sedar setitis air mata menitis. Menangis bukan kerana dalam hati ada taman tapi terfikir masih adakah manusia seperti ini..

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.


Tetibe teringat pulak kat Hakim Tun Saleh Abbas. Sanggup hilang jawatan semata-mata nak selamatkan akidah seorang remaja...Undang-undang tetap undang2 tapi bagaimana kita melaksanakan undang2 tersebut..

Friday, March 2, 2012

Awak Adalah Sahabat Saya.... Dunia Akhirat


Aku masih ingat masa usrah dengan Pemuda Ipoh Timur 3 tahun lepas untuk tajuk berkaitan saidina Abu Bakar.. Satu-satunya ayat yang keluar dari mulut aku malam tu adalah "Jika ada anugerah sahabat terbaik, Saidina Abu Bakar lah orangnya.." Yap siapa yang boleh pertikai setiakawan yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar pada Rasullullah. Disaat orang lain mendustakan Rasulullah pada peristiwa Isra' Mikraj, Abu Bakar tanpa ragu2 mengiakan segala apa yang diucapkan oleh Baginda rasul.

Malah Saidina Abu bakar sanggup mengorbankan nyawanya menutup lubang ular dengan tangannya bagi mengelak ular tersebut mematuk Rasulullah dalam peristiwa gua Thur. sedikitpun beliau tidak mengganggu baginda tidur walaupun sedang menanggung kesakitan akibat patukan ular tersebut. Inilah dia sahabat sejati..

Kembali ke realiti..

Alhamdulillah aku ada seorang sahabat yang berbaik.. Sepanjang 28 tahun ni aku terpaksa akui itu la kawan aku yang terbaik yang aku ada.. baik budaknya, jarang buat masalah n penyabar.. Tapi sbb kegagalan aku untuk menghargai seorang sahabat aku kini hampir kehilangannya.. sangat sedih..

Dalam diri aku ni takde langsung sikap keABUBAKARan (sifat sahabat sejati). Yang ada maybe pentingkan diri. dan hasilnya sedialah untuk kehilangan orang yang sentiasa ada di sisi suatu tika dulu.. Jangan Salahkan orang lain kerana puncanya ada lah diri mu..

Tuesday, February 7, 2012

Zaid Ibrahim Tanding Tiket Pas???



Udah le. Jangan la sekali-kali nak buat keje bodoh tu lagi. Cukup la kene skali dengan Ibrahin Ali.. Zaid ni pun sama je perangai dia dengan Si Brahim tu. lompat sana. lompat sini. Masuk Keadilan just for jawatan je. Bila orang tak Undi merajuk n buat perangai.. Baik letak orang pas yang mmg tentu sokong Pas..

Bila aku baca Utusan yang kata Zaid akan bertanding atas tiket Pas aku sket pun tak percaya . lagi pulak yang tulis tu Utusan. huh Malas nak layan. Tapi aku tetap buat penegasan kat sini JANGAN SEKALI-KALI BUAT KESILAPAN YANG SAMA.

Ramai Artis Dah Berubah, Anda Bila Lagi??

1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer
- antara lagu2 yg terkenal- Isabella (search),
taman rasyidah utama, hukum karma (wings)

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an) 'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan skinhead (A.C.A.B)

4. Azmil Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'
terkenal dgn lagu 'cinta utk nabila'
skrg ditukar lirik kpd 'cinta untuk nabi...lah' :)

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

Tu baru sebahagian yang berubah dan di kesan bersama Pas.. Dan ramai lagi yang berubah kepada penghayatan Islam yang lebih mendalam macam yang kat bawah ni(bersama tabligh).



Malah ramai lagi Artis-artis wanita yang telah berubah penampilan dengan memakai tudung..

Kesimpulannya artis2 yang lagha selama ni pun semakin sedar tentang Islam agama yang dorang anuti selama ni.. Soalnya dimana kita masa ni.. Artis2 yang kita minat suatu tika dahulu dusah mula berubah arah adakah kita masih berada di takok yang sama???

Thursday, February 2, 2012

Apa Yang Engkau Perjuangkan???

Dalam dok dengar lagu-lagu lama tetibe aku terdiam sebentar bilamana terdengar lagu ADAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG nyayian Kumpulan Qatrunnada. Memang kena sangat dengan isu sekarang ni terutama kes Hasan Ali.. Just sebagai muhasabah untuk diri sendiri. Adakah aku seorang pejuang. Jika ya apa sebenarnya yang aku perjuangkan…

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
Tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setiakawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

(ulang rangkap 1)

Engkau ingin berjuang
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
Kerenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang
Rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan takwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan???

Saturday, January 7, 2012

Buah Paling Jujur

Buah manggis adalah buah yang paling jujur di dunia ini dan tidak pernah menipu. Cuba anda perhatikan semasa anda ingin membuka buah manggis tersebut, lihat pada bontot belakang buah manggis tersebut dan kira ada berapa bentuk bunga tersebut, kalau 5, 6 ataupun tujuh dan cuba kira apabila anda buka buah manggis tersebut, pasti isinya juga akan sama dengan bilangan bentuk bunga di belakang buah manggis tersebut.

Itulah mengapa dikatakan buah manggis adalah buah yang paling jujur di atas dunia ini kerana tidak pernah menipu manusia tentang isi didalamnya. Begitulah kita dalam kehidupan. Kalau nak berlaku jujur, lahirkan terlebih dahulu kejujuran itu supaya di dalam hati kita pun akan jujur. Jangan hanya nampak jujur secara luarannya tetapi di dalamnya tiada apa-apa.

Itulah hakikatnya, sebiji buah manggis yang begitu jujur dan tidak pernah menipu tentang isi didalamnya. Walapun luarannya nampak berkedut, nampak calar-calar pada bahagian badannya tetapi isi dalamnya sangat putih dan bersih. Kalaulah hati manusia seperti buah manggis, pasti hidup manusia akan aman dan tenteram. Walaupun luaran nampak cacat, tak sempurna tetapi di dalamnya suci murni dan bersih. Begitulah perumpamaan yang boleh diambil dari sebiji buah manggis. Kalaulah kita semua dapat menjadi seperti buah manggis pasti semuanya berjalan dengan lancar kan.

(Cilok dari blog Tarmizi)