Alhamdulillah aku selamat pulang dari KL.
Ini kisah ketika lawatan aku di Cyber Jaya. Dalam usaha nak tengok-tengok lokasi tuk Jambori Amal kawasan aku tertengok satu pemandangan yang tak pernah aku tengok selama ni. Ini betul-betul my first time story. Hee selama ni aku tak pernah terdetik pun tuk search kat internet ataupun nak cuba-cuba rasa. Hanya pernah dengar cite orang je.
“cuba hang tengok tu, agak-agak pokok apa tu???” Tanya Abang nasri ketika kami lalui satu lokasi. “Pokok apa??? Ketum kot.” Jawab Abang Mie… Ohh baru aku tau macam tu rupanya pokok ketum… hahaha. Cite pak lang, pokok ni banyak khasiatnya Cuma orang sekarang banyak yang bijak-bijak…. Orang kampong buat tuk penguat tenaga, cuci saluran darah, tuk perut bercacing dan lain-lain tapi dek kebijakan pakar-pakar kita dorang campur dengan ajinomoto, panadol, ubat nyamok dll maka terhasillah sesuatu yang akan membuatkan pandangan masyarakat kepada pokok ketum menjadi negative… Cian kat ketum tu menjadi mangsa keadaan.
Aku pun mintak la sket tuk cuba. Hahaha best, teruja tuk nak cuba. Tapi pahit+kelat sangat la. Tak tahan aku. Try 2 3 teguk je. Tak leh nak tahan.. Huhuhu tu pun malam tu aku tingtong jugak jadinya… tapi heran jugak aku kat kedah sana tu siap jual secawan RM2 lagi. Laku lak tu… Huhuhu tah ape la yang best sangat tu.
Daun ketum...
Air ketum. Hahaha pahit+kelat gila
Ladang Ketum kat Cyber jaya. Ape? tak percaya???
Sedikit Info berkaitan daun ketum.
Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
No comments:
Post a Comment