Saturday, May 15, 2010

PRK Hulu Selangor: Cite Yang Dah Basi

Alhamdulillah PRK Hulu Selangor telah pun berakhir dan kekalahan berpihak kepada kami. Tapi kami kalah hanya di atas kertas, apa yang pasti kami tetap menang. Menang dalam memastikan perjuangan Islam tetap berterusan….

Jangan risau dengan kekalahan,
kerana kemenangan bukan tujuan,
tetapi kami datang kerana kewajipan,
Menegakkan Syariat Islam itulah tuntutan.

Kami satu kumpulan yang apabila menang kami beristighfar dan apabila kami kalah kami bersyukur… Sesungguhnya ujian kemenangan itu lebih berat daripada ujian kekalahan… Kita sering kali berjaya mengharungi kekalahan tetapi kita hampir tersungkur apabila diberikan kemenangan….

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran daripada semua yang telah berlalu….

1 comment:

  1. betul-betul..rasanya kalau kita menang mungkin lagi berat ujian yang akan ditempuhi secara sedar atau tidak.huhu
    tapi pada mula-mula dapat tau kita kalah rasa macam x puas hati sungguh..tapi lepas abg bg tau hikmahnya, lega dah. dah tak hairan dah kalau kalah.hehe

    ReplyDelete