Thursday, May 7, 2009

Mak Hamdi Kembali Ke Rahmatullah

Bersama Hamdi ketika di Sungai Congkak

Aku pasti Hamdi pasti merasa kehilangan yang amat sangat. Siapa yang tidak sayang ibu sendiri. Walau sejahat mana ibu itu ia tetap ibu kita. Inikan pula ibu yang sentiasa menjaga kita dengan baik.

Baru semalam kami bergurau senda dengan Hamdi. Semakin naik dia sekarang. Macam nak fight aku je. Haha. Cerita Hamdi “Aku tiap-tiap minggu balik Pahang.” Selepas itu bingit dengan gurauan Hamdi anak manja. Malah ada yang mentafsirkan manja itu sebagai ‘baik’ sebab nak jaga hati. Bergelak ketawa kami malam itu. Malah pagi sabtu itu Hamdi juga yang menghantar aku pulang ke Stesyen Komuter Kajang.

“Salam..pukul 6.15ptg tadi emak saya telah kembali ke rahmatullah. Minta jasa baik para sahabat sekalian untuk mendoakan agar mudah-mudahan emak saya tergolong di dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa dan dipermudahkan segala urusan..-Hamdi

Itulah kandungan msg yang saya terima malam itu. Terkedu dibuatnya. Rasa berdosa yang teramat sangat kerana bergurau dengan Hamdi begitu.

Sabarlah adikku, sama-sama kita berdoa mudah-mudahan kita akan dikumpulkan Allah di Jannah bersama ibu bapa kita.

Pesanan abang, ingat hadis nabi ini: Selepas mati anak adam, terputus semua amalan kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diajarkan, dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapanya. Mudah-mudahan kita lah anak-anak soleh tersebut.

Sunday, May 3, 2009

Alahai SPR...

Hanya 5000 orang penyokong dibenarkan berkumpul ketika penamaan calon.

Hahaha kenyataan terbaru daripada SPR, Sayap baru dalam organisasi UMNO ataupun Parti baru di dalam BN.

BN dah semakin tersepit sehingga sanggup menggunakan segala yang ada seperti SPR, SPRM, badan kehakiman dan sebagainya.

Mungkin mereka tahu bahawa penyokong UMNO semakin berkurang ataupun BN sudah tiada wang untuk dibayar kepada penyokongnya seperti mana yang berlaku di Bukit Gantang yang lalu, jadi bagi mengelakkan BN dimalukan sekali lagi mereka telah menghadkan kepada hanya 5000 ribu penyokong sahaja. Macam-macam. Aku ingat hanya Rasyid dulu yang bermasaalah tetapi Pengerusi SPR kali ini lebih bermasaalah.

Mereka yang sepatutnya menjadi pengadil tetapi mereka yang lebih-lebih cuba menyumbat bola ke gawang PR. Insaflah wahai SPR, BN sudah tidak lama. Selepas ini pastinya anda akan ditimpa masalah besar. Pastinya PR tidak mahukan pengadil seperti anad dan pastinya rakyat juga tidak mahukan orang seperti anda. Apabila SPR telah dipimpin oleh orang yang selayaknya ketika itu nama anda akan hilang dari dunia ini bersama lipatan sejarah... Aku yakin dengan itu. Lihatlah Rasyid yang sudah tidak berguna, diperlakukan oleh UMNO sewenang-wenangnya.

Pertemuan Terbesar Sahabat Pusat Islam

Alhamdulillah, segala perancangan untuk mengumpulkan kesemua Ahli JIK di dalam satu program berjaya walaupun beberapa nama tidak dapat menghadiri pertemuan tersebut. Mudah-mudahan pertemuan tersebut diredhai ALLAH.

“Wahai-orang-orang beriman, jadilah kamu pembantu-pembantu agama Allah sepertimana ketika Nabi Isa bertanya kepada hawariyyun “siapakah diantara kamu Pembantu Agama Allah” Maka jawab mereka kamilah pembantu agama Allah ...” Ass-Saff Ayat 14.

Wahai sahabat-sahabat sekalian jadilah kamu pembantu-pembantu agama Allah.....

KASIH : Siapa yang lebih Aula Untuk Ditarbiyyah

Alhamdulillah, KASIH berjalan seperti yang dirancang walaupun menghadapi beberapa kepayahan. Aku sempat bersama Kasih sehari dan terpaksa balik untuk menyiapkan Final Projek yang tertangguh.

Hari pertama, peserta sudah dibelasah cukup-cukup. Teringat Aku ketika aku kena semasa Tamrin Pengukuhan dulu. Sampai semput dibuatnya. Tetapi Alhamdulullah prestasi adik-adik tu sangat memberansangkan. Tidur pukul 2.30 pagi tetapi dapat bangun pukul 4.30 pagi walaupun mereka hanya diminta bangun pukul 4.45 pagi. Tahniah kepada semua.

Namun begitu apa yang menyedihkan aku semua AJK bangun hanya ketika hampir subuh. Lewat hampir 1jam daripada apa yang sepatutnya. Alangkah malunya aku nak berdepan dengan adik-adik ni bukan aku tak kejut tapi itulah hakikatnya. Pada malam hari beria-ia marah adik-adik akhirnya orang yang marah melakukan apa yang dimarahinya. Mereka menyuruh adik-adik menyusun kasut tetapi kasut AJK bersepah begitu sahaja. Mereka memberikan amanah kepada adik-adik tetapi amanah yang diberikan adik-adik dibiarkan begitu sahaja. Kalau biskut hilang mereka boleh ganti dengan sebungkus biskut. Tetapi kalau sejumlah henset yang bernilai lebih RM9000 (30peserta x Purata RM300) hilang ajk nak gantikan dengan apa??? Tidakkah mereka pernah membaca surah ass-Saff ayat dua dan tiga. “Wahai orang yang beriman mengapa kamu bercakap apa yang kamu tidak lakukan. Sesungguhnya murka Allah terhadap orang yang bercakap tapi tidak melakukannya.”

Berbalik kepada persoalan pokok. Siapakah yang lebih Aula untuk ditarbiyyah?? Ya mungkin betul mad’u kita adalah adik-adik tu tapi sepatutnya Ajk/pemimpinlah yang patut ditarbiyyah lebih daripada adik-adik tersebut. Bagaimana hendak mendapatkan rod yang lurus jika acuannya bengkang bengkok???

Ana mengharapkan agar pada adik-adik semua (ajk dan peserta) marilah sama-sama kita bermuhasabah. Bukan lah ana katakan ana adalah orang yang baik. tidak sama sekali malah mungkin analah yang lebih teruk dari kalian tetapi sebagai sesi muhasabah marilah kita sama-sama meletakkan diri kita ditempat yang sebetulnya. Kita boleh mencari pelbagai alasan untuk mempertahan diri sendiri tetapi adakah wajar sebagai seorang pemimpim berbuat demikian??? Adakah patut kita yang tidak mampu ini terus memaksa orang lain untuk membuat suatu perkara yang sepatutnya ia dibuat oleh kita juga??? Ana malas nak memanjangkan tulisan ini. Tetapi andai kata ada yang membacanya sama-samalah kita memikirkannya.



Aku dan Saifuddin Abdullah

“Sekarang ni dah mudah untuk jumpa dan berbincang menteri, kalau dulu dapat jumpa Pengetua kolej Kediaman pun dah cukup bangga.” Itu antara kata-kata YB Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang datang untuk merasmikan Majlis Konvokesyen sidang pertama.

Dia ingat aku akan terpengaruhla dengan kata-kata dia. Ya mungkin dia lain dari yang lain. Mudah untuk bergaul kerana sebelum ini beliau adalah TNCHEP di Universiti Malaya (kalau tak silap aku). Tapi kalau datang dari lubang yang sama pastinya perangainya tidak lari dari yang lain. Yela kawan tu baru 2 minggu jadi timbalan menteri karang dah lama tu dia pun dok kat pejabat la jugak. Ini semua permainan biasa orang politik tuk katakan kepada rakyat kami ni lebih baik dari yang sebelum ni. Sama je dengan najib, baru turun ke bawah sekali dah di kira merakyat. Sampai bila dia akan bertahan kita tunggu. Hahaha.

Aku sebenarnya dah tak hairan dengan semua ni. Apa la sangat yang nak dibangga jika dapat jumpa dengan menteri. Lagi la pulak dengan menteri yang rasuah dan mempunyai rekod buruk. Kalau dengan haji Nizar tu sejak dia naik dadi MB dan berapa puluh kali aku jumpa. Mat Sabu, Nik Aziz, Hj Hadi. Tu semua orang besar. Tak heran pun. Maybe orang UMNO kemaruk bila jumpa menteri/pimpinan dorang sebab dorang memang susah tuk jumpa kot. Yela bila dah jadi YB dorang dah jadi macam orang kat kayangan. Susah nak turun kecuali dah nak pilihanraya.

Bila cerika kat Cik Usup dia gelak je. Dorang nak tarik balik saluran tiga la tu. Macam yang kita tahu Pengundi muda dah tolak BN secara total. So dorang pastinya akan terkubur kalau sme ni berlanjutan. Saluran Satu dah semakin pupus. Yang tiga-empat-lima semakin ramai. Nak tak nak terpaksa la merakyatkan diri.

Pesta Konvo Yang Haru-Biru

Selamat Datang Ke Majlis Konvokesyen Kali ke 4 Politeknik Sultan Azlan Syah.

Tapi aku hanya mengalu-alukan kehadiran ke Majlis Konvo dan bukannya Pesta Konvo. Pesta kali ini agak berlainan daripada yang lain. Penuh dengan konsert dan persembahan. Ya mungkin tidak seteruk Pesta Konvo PUO** tetapi banyak perkara yang menyebabkan aku menjadi tidak senang dengan Pesta Konvo tersebut.

Ianya dimulai dengan persembahan zapin dan diakhiri dengan Live Band. Tetapi disulami dengan konsert nasyid. Huh pandainya dorang susun. Pastu tiap-tiap hari suruh doa semoga program diberkati.

Bercerita tentang tarian Zapin, Alahai time latihan punyala baik dengan bertudung, baju pun ok tapu rupa-rupanya time persembahan sme tu hilang. Dengan kebaya ketat dan jarang dan tanpa tudung. Huh ni sme cik wahida tu la yang punya arahan. Mujur la Ustaz Amin tu bijak jugak. Cuba elak daripada kumpulan nasyidnya terjebak sekali malam tu.

Yap mungkin sme tu masih kecil tetapi kesannya bagi jangka masa panjang perlu dielak segera. Kalau kali ke 4 mereka sudah boleh bertapak pastinya pesta konvo mendatang akan menjadi lebih teruk lagi. Puak-puak huha-huha pasti akan menganjurkan program yang lebih besar.

Tahniah kepada JAIP yang mengambil inisiatif untuk turun ke Pesta Konvo ini yang mana menurut kisahnya terdapat pasangan merpati yang sentiasa berdua-duaan ketika konsert-konsert tersebut berlangsung.

** Kisah dari orang pertama – Konsert yang semakin menjadi-jadi di PUO adalah hasil daripada restu pengarah dan kroni-kroninya. Yang mana isterinya adalah penasihat program huha-huha manakala anaknya adalah tokei kepada peralatan konsert.

Anak-anak Syurga

“Azlida mengandung kembar tiga.”
Wah wah wah kalau macam ni kalah la Cik Rizan. Abang Nasir pun dah hampir tercabar. Dan yang pasti aku memang jeles sejeles-jeles nye. Tapi nak wat camne aku ni tak kawin lagi. Tengok la karang bila aku dah kawin. Hahaha.

Tapi subuh tadi (catatan ni aku buat pada 25 April cuma aku publishkan lambat) aku dapat panggilan daripada Abang Nasir menyatakan Kak Azlida dah selamat bersalin dalam pukul 12 – 3 pagi tetapi Allah lebih menyayangi mereka. Ketiga-tiga baby tu meninggal. Ya Allah ibu mana yang tak sedih dengan sme tu.

Dari cerita Abang Nasir umur baby-baby tu baru menjangkau 5 bulan didalam kandungan tetapi ketika dilahirkan mereka sempat membuka mata memandang ibu tercinta. Yang mana ketiga-tiganya amat lemah dan tidak mampu diselamatkan walaupun dilahirkan dengan kaedah normal.

Sabarla akak. Ni semua dugaan hidup. Sesungguhnya semua ni pasti ada hikmahnya tersendiri. Mungkin ia dugaan besar tetapi ia juga adalah suatu nikmat pemberian Allah. Alangkah bahagianya kita bila di akhirat kelak anak-anak kecil yang memegang air kausar mencari-cari ibu bapanya yang muslim untuk diberi minum dan mereka itulah anak-anak syurga yang mati ketika masih kecil.

Bila kejadian ni berlaku teringat ana dengan Arwah nenek yang kehilangan 8 orang anak dan kesemuanya mati ketika masih kecil. Beruntung atok dan nenek ana. Malah ana sangat bersyukur kematian nenek ana adalah dalam keadaan yang baik. Dihujung hidupnya dia sering mengaji dan masih belajar mengaji malah ketika kematiannya arwah nenek sedang berada di sejadah samaada hendak sembahyang ataupun selepas sembahyang maghrib. Dan pastinya anak-anak syurga itu sedang menunggu kedatangan bonda mereka.
Gambar ketika kenduri kat Umah Kak Azlida