Thursday, April 23, 2009

Bila Najib Kat Kotak Rokok

Memang mengerikan... Itulah pandangan pertama ana bila terpandang kempen anti rokok yang baru yang dipaparkan di kotak-kotak rokok. Huh janin, paru-paru, otak eeee. loya tekak dibuatnya. Ana harap biarlah kempen kali ini berjaya setelah kempen-kempen sebelum ini berjaya hanya menghabiskan duit tetapi tidak berjaya mengurangkan jumlah perokok.

Namun begitu, daripada cakap-cakap yang ana dengar orang ramai masih lagi tidak kisah dengan segala usaha kerajaan tersebut. Merokok tetap merokok. Malah orang-orang Pas sendiri masih ramai yang menghisap rokok walaupun telah dinyatakan haram oleh mufti.

Malah Pas Perak melalui Dewann Ulamanya telah melancarkan kempen anti rokok dikalangan penyokongnya. Jika tak tahan sangat merokoklah di dalam tandas. Tetapi segala kempen masih lagi belum berjaya menyedarkan penyokongnya.

Time PRK Bukit Gantang, ana terdengar orang bersembang, "orang pas ni kalau nak bagi brenti merokok senang je taruk gambar Najib kat kotak rokkok mesti depa tak isap dah." haha try la kalau brani.

Aku Respek PSAS

Ya Allah power betul PSAS ni. Beraninye dorang menongkah arus. Hehe Tahniah Politeknik Sultan Azlan Shah kerana berani menyatakan kebenaran.

Aku tak pasti adakah hanya ketidaksengajaan atau pun ia memang benar-benar menjadi pegangan PSAS dalam kontroversi ini. Haha ape yang aku merepek ni...

Petang tadi aku perasan sesuatu di perpustakaan. Walaupun sudah hampir 3 bulan kerajaan kudeta merampas perak namun begitu gambar Hj Nizar yang tertulis di bawahnya Menteri Besar Perak Darul Ridzuan masih lagi tergantung di tempatnya. Malah menurut kawan-kawan yang lain gambar yang sama juga masih bergantung di beberapa lokasi lain di sekitar politeknik. Ape2 pun esok aku akan siasat.

Wednesday, April 22, 2009

Kamilah Ansarullah

Firman Allah SWT dalam surah Ass-Saff ayat terakhir menjelaskan bahawa perintah Allah SWT agar setiap orang beriman menjadi golongan Ansarullah atau pembantu agama Allah SWT. Sepertimana yang telah di tanya oleh Nabi Allah Isa a.s kepada golongan hawariyun “siapakah golongan Ansarullah. Mereka menjawab kami lah pembantu agama Allah”. Justeru ayat ini menunjukkan bahawa semua golongan terutama pemuda yang senantiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah adalah merupakan golongan yang wajib menjadi golongan Ansarullah.

Bicara tentang pembantu agama Allah. Bukan mudah nak laksanakan tetapi itulah hakikatnya. Dalam ketidaksanggupan kita di situlah terletaknya nilai pengorbanan yang perlu kita bayar dalam memastikan penghujung hidup kita adalah dalam keadaan husnul khotimah.

Kita tolong agama Allah Allah tolong kita balik dan Allah teguhkan pendirian kita. Satu dibalas dua. Nah apa lagi yang kita mahukan.

"Barang Siapa yang bertakwa Allah permudahkan urusan hidupnya dan datangkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka." Surah At-Talaq ayat dua. Juga satu dibalas dua. Kita hanya melaksanakan satu perkara yang Allah suruh tetapi Allah membalasnya dengan pemberian bonus yang besar.

Ya mungkin inilah ayat yang sering ana lafazkan kepada adik-adik ana, mudah dituturkan. Namun sangat susah untuk dilaksanakan. Dalam keadaan yang serba kekurangan kadang-kadang kita mengharapkan orang lain mengerti dengan kondisi kita. namun begitu mereka tidak pernah memahami apa yang kita lakukan. Ingin meminta malu. Hanya pada Allah tempat ana mengharap. Mudah-mudahan Allah sentiasa memudahkan urusan ana.

Setakat hari ini Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Yakin pada janji-janji Allah, laksanakan apa yang diminta Insya Allah yang selebihnya serahkan kepada Allah. Ana dah nampak hikmahnya.

Tuesday, April 21, 2009

Comelnye Dia



Satu perkembangan yang memberansangkan. mungkin itu hikmah daripada kontroversi yang berlaku di selangor yang membabitkan Exconya Eli wong.

Siapa sangka bahawa Eli boleh memakai tudung ala-ala Sharizat Jalil. Malah lebih elok daripada Rafidah Aziz yang langsung tak pakai tudung.

Emm wahai orang-orang yang beriman, malulah kamu kepada orang-orang kafir kerana mereka kini lebih dekat dengan islam berbanding kamu. Mereka sudah berjinak-jinak dengan Al-Quran dan tudung tetapi kalian bila lagi??? Bila orang lain membawa nas dari kalamullah, kalian menentang tetapi kalian tidak pernah untuk menggunakan nas-nas dari Pencipta. Yang kalian tahu hanyalah menggunakan akal yang cetek.

Sunday, April 19, 2009

Tanjung Malim Dapat YDP Baru

Alhamdulillah aku sempat ke AGM Kawasan walaupun agak terlewat kerana perlu menguruskan program bersama adik-adik PPD.

Tak sempat aku nak duduk aku terus disapa KP. Dalam keadaan yang kelam kabut dan tiada persediaan aku telah diamanahkan sebagai pencatat minit. Memang kerja mudah tetapi tanpa persediaan dan pengalaman ia membuatkan aku sedikit gabra.

Bukan itu tujuan utama aku menulis. Sesungguhnya aku nak cakap Kawasan Tanjung Malim telah mempunyai seorang ketua baru yang menggantikan Ustaz Zul yang kini bekerja di Kelantan.

Tahniah kepada semua yang telah terpilih. Aku yakin Ustaz Tarmizi Abdul Rahman yang dibantu oleh TYDP Hj Salam dan NYDP Ustaz Nik diharapkan dapat memberikan khidmat terbaik. Dan mudah-mudahan dengan pemilihan ini akan membuatkan Pas Tanjung Malim lebih maju ke hadapan dalam mendepani cabaran mendatang.

PPD Masuk Hutan PSAS

Haha mungkin tak masuk dek akal. Malah apabila kami cakap nak bawak PPD pi jungle trekking semua terkejut termasuk la Puan Ezatul sendiri. Tapi itu la hakikatnya. Kami telah berjaya melaksanakan apa yang telah dirancangkan. PPD MASUK HUTAN PSAS.

Walaupun agak lambat hampir setengah jam daripada perancangan namun kami berasa agak puas kerana program telah memberikan sedikit impak positif kepada para peserta. (ikut kata dorang la, aku percaya je).

Trek yang kami buat agak mencabar. Ada turun dan naik bukit malah terdapat jambatan kayu untuk melintas anak sungai. Wow. Hehe

Dan pastinya pengalaman tu takkan dapat kami lupakan. (dorang taktau la pulak aku).

P/S: minggu depan nak buat rehlah pulak kat situ. Aku tengah pk nak buat pengisian tuk check point ni.

PSP dan PPD, Suatu Pertemuan

Alhamdulillah, Aku puas..

Kunjungan 2 buah poli ke PSAS berakhir dengan suatu input yang amat bermakna buat aku dan JPPI. Poli Seberang Prai dan Poli Port Dikson. Ya mungkin tujuannya berbeza namun aku rasakan pertemuan tersebut amat bermanfaat bagi Islam dan perjuangan yang aku dokongi hari ini.

Pertemuan yang tak dijangka dengan Abdul Hadi dan Syafie, dua figur besar yang komited dengan perjuangan islam di PSP memberikan aku satu lagi informasi baru berkaitan pergerakan JIK Politeknik yang mana pastinya maklumat ini amat berguna kepada PEMIMPIN. Bermakna secara tidak langsung bukan aku sahaja yang mendapat manfaat dari pertemuan ini malah poli-poli di bawah Pemimpin juga akan mendapat manfaat yang sama. Dan di harapkan dalam masa yang terdekat pihak PSP dapat menghubungi Pemimpin bagi membolehkan penyelarasan dilakukan.

Begitu juga dengan PPD. Walaupun tiada gerakan Islam yang dikesan namun benih-benih telah mula kelihatan. Dan benih-benih ini jika di jaga sebaiknya pastinya akan membuahkan suatu hasil yang baik. Adik-adik dari PPD agak komited dengan apa yang mereka lakukan pada hari ini. Namun begitu mereka memerlukan lebih pengalaman dalam menjadi peneraju ummah di bumi PPD. Mudah-mudahan dengan pertemuan singkat kita pada hari ini akan memberikan adik-adik suatu input berguna untuk menjadikan matlamat adik-adik dalam mendaulatkan islam tercapai.