Wednesday, January 5, 2011

Al-Barokah Berwajah Baru


“WOW”
Perkataan pertama setelah terpandang rupa serba baru Pasti Al-Barokah.

Mmg ketara perubahannya… dan pastinya para pelajar dan ibubapa akan lebih selesa dan berpuas hati dengan apa yang diberikan…

Aku nak ucapkan 2 kali tahniah buat Pengurusan Pasti Al-Barakah di bawah pimpinan penyelianya Ustaz Mat Syafie… Bukan sahaja mampu membuat kejutan dari segi susun atur bangungan Pasti itu sendiri malah mampu meningkatkan bilangan pelajar berkali ganda bagi sesi ini… hampir 40 pelajar telah didaftarkan pada kali ini berbanding hanya 17 orang pada tahun lepas…

Malah pengurusan baru ini juga aktif memperkenalkan pasti dengan mengadakan program2 bersama masyarakat setempat dan ibubapa pelajar… ini memunjukkan pihak pengurusan serius dalam membangunkan pendidikan pra-sekolah yang berteraskan islam…
Apa yang lebih menarik Pasti Al-Barokah turut menyediakan kelas khas bagi membaca Al-Quran diluar waktu P&P. Malah setiap pelajar akan disediakan sebuah tabung bagi mendidik anak-anak ini menabung. Dengan kerjasama Bank Rakyat, setiap bulan hasil tabungan anak-anak ini akan di masukkan ke dalam tabungan akaun simpanan masing-masing…

Tahniah sekali lagi buat Pasti Barokah dan seluruh Pasti di Kawasan Tanjung Malim…

Masih fresh.. baru siap 2hari...

Sesi pendaftaran pelajar baru..

No comments:

Post a Comment