Wednesday, January 19, 2011

Tips Untuk Full Bar Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone termasuk la umah sewa aku (umah flat aras bawah)…

Aku dah rasa betapa siksanya bila jadi macam tu.. Macam nak hempuk je henset ke lantai… tention jadinya. Jenuh cari line tuk hantar sms atau terpaksa belari keluar rumah tuk dapatkan line yang jelas bila dapat panggilan … Nasib baik aku tak stanby… kalau tak jenuh aku dimaki hamun macam yang aku selalu buat bila orang yang stanby tak angkat kol… Huhuhu (tapi dalam hati je la…)

So masa godek2 komputer kat ofis tu aku terjumpa satu informasi macam mana nak meningkatkan coverage handfon. Dengan menggunakan wang kertas RM2 anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada. Kebetulan aku ada sekeping not RM2. So aku pun try la…



Benda alah tu cakap kat duit kertas RM2 tu ada satu elemen untuk 'boost up' coverage hp. So aku paste kan sket informasi tu tuk kita sama2 share… Tak baik sorok sorang2 ilmu macam ni…

“ Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian s ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda. Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.



Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Hahaha…

No comments:

Post a Comment