Sunday, April 12, 2009

Debaran Kemenangan

Dup Dap Dup Dap Dup Dap …
Rasanya debaran jantung ni lagi kencang daripada time lari 100m. Lagi lapulak bila dah dapat tau Hj Nizar tengah leading 2000 undi. Tu baru kul 6 tu haha. Tak sabar rasanya nak ke Air Kuning. Tempat pengumpulan jumlah undi Pas.

Sambil-sambil tu aku merisik keadaan di Bukit Selambau. KeAdilan Pun tengah leading gak. Tapi aku agak kecewa apabila mendapat msg ari harakah keadilan kalah di Batang Ai. Lepas ambik Abang Nasir kami terus bertolak ke Air Kunin. Awi and the gang dah pi ke dataran tuk dengar pengunguman kat sana.

Alhamdulillah, Umno tak dapat menandingi Pas dalam proses pengiraan undi. Pas sentiasa dihadapan tanpa beri sedikit ruang pun untuk Umno memintas. Dengan itu kurang la sket akunye debaran ni.



Kalah Juga Akhirnya

Harapan membara untuk melakukan rekod baru bagi UPU Jelutong akhirnya terkubur. Kami terpaksa menerima hakikat bahawa jentera yang kami bawakan masih mempunyai kelemahan di sana-sini. Jika pada PRU ke 12 UPU tersebut hanya mengalami kekalahan 11 undi sahaja namun begitu pada kali ini kami kalah melebihi 120 undi.

Dengar kata perang besar ketika sesi post mortem. Masing-masing cuba untuk mencari alasan. Namun begitu aku pasti selepas ini segala kesilapan pasti akan diulang semula. Tiada yang serius untuk bekerja selainkan beberapa orang sahaja yang sanggup berkorban masa tenaga dan wang ringgit untuk memastikan Islam menang di Bukit Gantang.

Harapannya biarlah selepas ini masing-masing muhasabah diri sendiri agar sekurang-kurangnya untuk kita menghadapi kebarangkalian Pilihanraya DUN Perak yang dijangka pada bulan 6 ini. Andai kata kita masih lagi di tahap ini pastinya Perak akan melayang ditangan musuh.

Pos Tanjung Malim

Ketika bertugas semak daftar pemilih di Pos

Berehat di Pos

Friday, April 10, 2009

Kisah Nga Kor Ming Dan Ayat Al-Qurannya

Alhamdulillah bukan muslim sudah berjinak-jinak dengan Islam. Ia terbukti dengan pebuatan YB Nga yang kini sudah pandai membaca Al-Quran walaupn sebutan dan tajwidnya tak betul. Setidak-tidaknya di cuba menggunakan al-Quran sebagai hujjah dan bukannya seperti Pemimpin-pemimpin UMNO yang selalu munggunakan hujjah akal ketika bercakap. Dan pastinya apa yang mereka cakapkan akan terkena batang hidung sendiri ketika itu.

Peristiwa ini mengundang pelbagai reaksi. Ramai pimpinan UMNO meminta dikaji semula dan dibuat satu peraturan agar bukan Islam dilarang membaca al-Quran. Haha tapi ilmuan Islam ramai yang berdiam diri kerana mereka tahu tentang hukum membaca al-Quran. Malah tindakan orang yang berkepentingan dalam UMNO ini menyebabkan ruang dakwah menjadi semakin sempit dan pastinya orang bukan islam akan menganggap islam ini dengan anggapan yang tidak elok. Islam hanya untuk melayu. Huh sebab cina tak boleh guna Quran.... So fikir-fikir la wahai orang UMNO.

Kepada tok Mufti tolongla fikir guna kepala otak jangan guna kepala lutut. Jangan jadi kuda tunggangan. Awak tu dah tua, dah nak mati. So beramal la dengan ilmu yang ada.

Aku Dan PRK P059

Tahniah Dato, Seri Hj Nizar diatas kemenangan Dato, Seri dalam PRK P059 Bukit Gantang. Mudah-mudahan Allah merestui kemenangan ini sekali gus memudahkan urusan kita dalam mendaulatkan Islam.

Berbagai peristiwa yang aku lalui dalam tempoh berkempen. Hehe berapa hari aku demam time tu. Yela tempat tu dah la cuaca tak menentu. Pagi panas petang lak hujan. Tapi ape2 pun ini la pengalaman yang pastinya aku takkan lupakan. Bukit Gantang... Kau sentiasa dihati. Ewah.. haha

Sabtu 4 April lebih kurang kul 8 malam, kami telah masuk ke kawasan Bkit Gantang dan kami telah disambut dengan sebuah kemalangan diantara 2 motosikal. Alhamdulillah tak la teruk sangat. Apa yang menariknya, yang cedera tu orang Umno bila kami bawa ke pondok Pas di cuba menolak. Haha dah sakit pun nak berkira lagi. Pas tu ramai2 lak orang Umno datang bertandang ke pondok Pas tu. (time tu pondok umno gelap je camne kitorang nak bawak ke sana).

Malam tu tak banyak kerja yang kami buat. Cumanya start pagi ahat tu je kami bertungkus lumus idupkan balik pos Pas Tanjung malim yang tak berapa nak idup. Dan Alhamdulullah pos kami agak meriah bermula malam tu dengan kehadiran ramai orang.

Dan beberapa kisah lain yang aku nak cite tapi macam malas je. Hehe ape2 pun aku nak ucap jutaan tahniah kepada seluruh petugas yang datang dari seluruh tanah air.

Friday, April 3, 2009

Aku Sayang Abah Aku

Semalam aku calling abah. dalam seminggu dua ni aku agak kerap la jugak call abah. Tak tau sebab apa tapi aku rasa macam rapat sangat dengan abah.

Abah penah cakap, "atuk dulu meninggal masa umur 58 tahun la." dan tahun ni abah dah berumur 58 tahun sebaya umur atok aku time dia meninggal. Time atok meninggal aku baru berumur 40 hari. aku taktau apa pun time tu. Ya Allah kau panjangkanlah umur ayah ibu ku dan Kau rahmatilah mereka. Kau kasihanulah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semasa aku kecil.

MAK ABAH ABANG MINTA MAAF ATAS SEGALA SALAH SILAP YANG ABANG LAKUKAN.

Time calling semalam abah cakap Najib istihar bebaskan 13 tahanan ISA dan tarik balik penggantungan Harakah. Aku dengan selambenye jawab " bagus la tu tapi lawan tetap lawan." abah gelak je. Aku tak penah bergurau ngan abah macam ni. Dan aku akan ingat kenangan ni sampai bila2.

Aku Yang Ketentionan

Ya Allah kuatkan la diri ini menempuh dugaan hidup.

Emm ari ni banyak sangat dugaan yang terpaksa aku hadapi. Bendanya memang simple tapi aku betul-betul bengang sangat. Maybe sebab ada orang yang marahkan aku kot. tu mesti pasal aku lambat turun qiam. dah tu dok kat blakang lak tu.

pagi tu aku beria-ria makan ngan Aus kat cafe. adalah dalam kul 7.45pg. tapi yang peliknya Wan Zamry takde la pulak pagi ni. aku pun lepak la lama sket. Yela kelas kul 8.15pg. tapi elok je aku g masuk kelas dia dah siap ngajar. aku jadi blur. apehal awal sangat ni. OOO patut la ada pensyarah pemantau. OK la tapi yang wat aku bengang tu pas tu dia leh lak marah kitorang. membe2 aku ada yang tak masuk kelas sebab taknak dia malu depan pensyarah tu. tapi dia tak kenang langsung jasa dorang tu. Takpe kitorang tak kisah pun tapi harap2 Allah akan balas apa yang dia wat kat kitorang.

Tu satu kes. yang kedua sal dak amir tu. tention aku dia leh lupa nak pulangkan pendrive aku pastu leh kasik kat pak guard lak. bukan aku tak percaya kat guard tu tapi dah ada kes. so kene hati-hati beb. pendrive aku tu mahal tu RM90. walaupun skrg ni dah tak kuar pun 1gig tu.

Dah elok balik bilik Ilmi pulak wat pasal dia pi tinggal kunci dorm aku dalam bilik dia. Huh naya aku tak leh mmasuk dorm. hancur sme perancangan aku.

Mudah2an Allah gantikan sme dugaan tu dengan something yang lebih baik amin.

UMNO semakin menyerupai ZIONIS

Dalam pada aku tengah bosan dok membelek blog membe2 aku terpandang gambo ni.



Aku memang penin la dengan geng2 ni. ape dorang tak sedo ke dengan apa yang dorang buat??? ke dorang memang bangang sampai taktau bintang bucu enam tu adalah simbol yahudi? ataupun dorang ni tak pernah tengok tv?? ataupun memang sedara dorang??? kofius aku.

aku bukan nak menghasut tapi korang yang bijak2 ni tolong la bukak mata hati tu, tengok dan nilai sendiri.