Friday, March 6, 2009

Bangsa lain Iktiraf Bahasa melayu... Kita???

Malam tadi berlangsungnya pertandingan Debat Piala Timbalan Pedana Menteri Peringkat Antarabangsa dan kita dapat lihat pelbagai bangsa menyertainya. Ini menunjukkan bahasa melayu bahasa yang boleh diterima pakai oleh seluruh dunia. Malah jika kita lihat para pemenang bukanlah berasal dari kepulauan melayu yang menggunakan bahasa melayu. Ini menunjukkan bahasa melayu bukanlah bahasa yang mundur malah bahasa melayu sendiri pernah menjadi bahasa pengantaraan ketika era kegemilangan Melaka dahulu.

Kalau orang luar boleh menggunakan bahasa kita kenapa kita pula yang terhegeh-hegeh nak gunakan bahasa asing dalam subjek Matematik dan sains.


Juara Kategori Antarabangsa Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri, Novavy Sies (tengah) dari Kemboja diapit oleh naib juara, Ayleen O’ Hanion (Australia) dan peserta Belanda, Shavira Alaydrus (kanan) yang menduduki tempat ketiga. Pertandingan pidato itu berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, malam tadi.

JOM PAKAT RAMAI-RAMAI TURN DEMO PETANG NI. AYUH KITA GEGARKAN ISTANA NEGARA.
DAULAT TUANKU.

No comments:

Post a Comment