Sunday, March 15, 2009

JPPI CIPTA REKOD

Success, marvelous, hebat, wow, excellent.

Tiada perkataan yang boleh saya tujukan kepada JPPI diatas kejayaan mereka membuat satu rekod baru di dalam Politeknik. Kini JPPI telah menyamai JPK malah JPP sendiri dalam menyediakan program berkualiti. Tidak keterlaluan jika saya menyatakan JPPI lebih bagus daripada JPK kerana mereka berjaya keluar dari belenggu pemikiran yang mana JPK masih lagi menggunakan idea program tradisi dalam memenuhi takwim mereka. Begitu juga dengan JPP walaupun cuba keluar dari kepompong pemikiran tersebut namun masih lagi tidak menonjolkan kepakaran sebenar mereka. Program baru seperti Hari Palestin dan Hafest masih lagi tidak berjaya dikormesialkan.

Tiba-tiba JPPI yang agak diam melonjak naik namanya apabila menganjurkan program berbentuk masakan iaitu Program Mesra Rasa. Setelah berjaya mencipta rekod sendiri iaitu mengadakan Hari Keluarga JPPI kali ini JPPI Berjaya menarik perhatian hampir 60 peserta bagi menyertainya. Ini lah kali pertama pertandingan seumpama ini diadakan di dalam politeknik dan ia adalah suatu yang amat dibanggakan.

Dipecahkan kepada tiga kategori, iaitu nasi goreng, mee goreng dan kuetiow goreng para peserta perlu menyediakan masakan tersebut dalam masa 15 minit. 5 orang peserta perlu berkerjasama di dalam 1 kumpulan bagi menyediakan masakan yang dikehendaki. Program ala-ala Iron Chef ini memerlukan kepakaran para peserta kerana mereka hanya mengetahui apa yang perlu dimasak ketika pagi tersebut.

Progran yang diadili oleh YM Tengku Azmi dan Puan Baini ini bukan sahaja di lihat dari aspek rasa masakan dan kekreativitian peserta, malah aspek kerjasama juga di nilai. Dan itulah motif utama ia diadakan.

Suatu lagi rekod yang dicipta dalam program tersebut adalah kesemua pemenang tempat pertama bagi ketiga-tiga kategori adalah peserta lelaki. Emm selepas ni Muslimat terpaksala masuk kursus-kursus masakan. Nak taknak dah kawin karang kene jugak masak untuk suami tercinta.

Tahniah JPPI. Semoga program selepas ini lebih menarik dari apa yang sering anda lakukan.




Para peserta menunjukkan bakat terpendam



Juri sedang menilai masakan

No comments:

Post a Comment