Sunday, March 1, 2009

SIAPA LEBIH DERHAKA???

BACA, KAJI DAN BANDINGKAN

Jika anda seorang yang bijak dan berakal pastinya anda dapat menilai SIAPA YANG LEBIH DERHAKA kepada raja-raja melayu. Mana dia pejuang-pejuang UMNO ketika itu melainkan turut sama menderhaka kepada raja dengan mengadakan tunjuk perasaan menyokong tindakan pemimpin-pemimpin mereka.


Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dibuang dari Istana Johor pada tahun 1920 kerana mengkritik sultan atas isu harta. Bila pengasas pun dah menderhaka, anak-anak buah apalagi. Lagi la naik kepala.

Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan MB Perak walaupun perjanjian asal dia hanya hendak jadi MB 2 tahun sahaja. Sultan Idris Shah murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang selagi ayah Tajol Rosli tu tidak meletak jawatan. Kalau Hj Nizar di kira menderhaka, sebenarnya UMNO lagi lama dah menderhaka.

Kes 1979 apabila Dato’ Rahim Bakar (Bekas MB Pahang) berselisih dengan Sultan Pahang. Media Pro-UMNO mengkritik Sultan secara terbuka.

UMNO membelasah raja-raja melayu pada 1983 kerana menolak cadangan mereka untuk meminda perlembagaan bagi mengurangkan kuasa Yang DiPertua Agong mengenai pengistiharan darurat

Pada tahun 1991 dalam persidangan agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.

Pada 18 Januari 1993 berlaku Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-raja minta di tangguhkan, maka media membongkar (mengaibkan) secara terbuka salah laku raja.

Peristiwa penabalan Tengku Ibrahin untuk menggantikan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh oleh Dato’ Annuar Musa. (ini kes derhaka tahap melampau)

Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bekas MB Selangor) melarikan Ku Yah (Puteri Sultan Selangor) sehingga sultan murka.

23 dari 24 ADUN Terangganu ugut boikot Majlis angkat sumpah MB Ganu Dato Ahmad Said selepas PRU ke-12. (Penyokong UMNO berdemo dan gelar Sultan binatang (natang). Kenapa dorang tak di tangkap??? Kenapa di Kuala Kangsar polis bersungguh-sungguh menghalang demo??Polis buta ke???

Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mat Isa Sabu sebagai MB Perlis (bukankah ini pun derhaka namanya???)

ANDA TIDAK AKAN MENGABAIKAN PETIKAN INI MELAINKAN ANDA SEORANG YANG:

  1. Jumud (berfikiran sempit)
  2. Ingin menyorokkan kebenaran
  3. Tidak boleh menerima hakikat
  4. Menyokong kezaliman
  5. MENDERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU

No comments:

Post a Comment