Sunday, March 1, 2009

Mana Arah Tuju Ku???

Semalam Ustaz Azahari datang. Sebelum tu dalam panggilan dia cakap yang nak bincang ni berkenaan kehidupan dan masa depan aku. Adoi la tah ape la yang penting sangat tu sampau melibatkan masa depan aku. Terus terang aku cakap memang aku ketar dan gelabah.

“ Saya datang ni ada hajat. Ada orang nak melamar enta.” Adoi sape lak yang nak lamar aku ni. Memang la aku ni still solo tapi rasanya tak sedia lagi nak kawin (walaupun memang nak sangat). Yela belajar pun lum tentu abis. Pendapatan pun takdak. Lagi-lagi sekarang ni tengah nazak. Lagi pun sapa la nak kat aku ni.

“Kami meeting semalam, bila ana cadangkan enta untuk SUK pemuda, semua dah setuju. So Enta macam mana??” Emm yap memang best bila kita ditawarkan kerja. Dan memang itu pun yang aku nak. Tapi kali ni aku risau semacam je. Yela sape yang taktau kerja jadi SUK ni. Kalau ngan UMNO takpe la. Memang masuk banyak. Tapi ditawarkan bersama jemaah. Pengorbanan kene tinggi, iman kene kuat, tahap kesabaran kene mantap.

Mane taknye, elaun sket je, nak tanggung anak-bini, mak ayah, tu tak masuk topup, kereta, rumah. Penginapan disediakan tapi sampai bila aku nak dok kat pejabat tu?? Hahaha.

Tapi satu je yang aku tak dapat nak nafikan. Keje ni memang berkat. Boleh nak idup tapi memang tak leh nak mewah. Aku memang boleh tolak tapi macam tak sanggup je. Ape guna aku blaja sal jemaah tapi tak praktikkan??? Adoi serba-salahnya Aku ni???

Ya Allah tolonglah hamba mu ini dalam membuat keputusan…

No comments:

Post a Comment