Sunday, March 22, 2009

Pesanan Ustaz Zulkarnain Hassan

Allah berfirman maksudnya " Kamu tolong agama Allah sesungguhnya Allah akan tolong kamu balik dan Allah akan teguhkan pendirian kamu."

Ana akan pegang ayat ni betul-betul. Memang dalam perjuangan tuk menegakkan Islam ni susah sangat. Kalau senang pasti ramai yang akan bersama dengan perjuangan ni. tapi keta kene ingat beberapa perkara. Ustaz Zul dalam pengisiannya tuk adik-adik 2 hari lepas suruh kitorang pegang 3 perkara. Benda ni kena jadi asas kepada akidah dalam perjuangan mendaulatkan islam di muka bumi ni.

1- Setiap yang hidup pasti akan mati. So kita kene pilih di mana kita nak mati sama ada di atas katil mahupun di medan perjuangan. Orang yang berjuang akan mati dan yang tak berjuang pun akan mati. So Anda mahu yang mana???

2- Rezeki kita berada pada tangan Allah. Tak perlu nak takut pada arahan atau ugutan pihak-pihak yang tertentu. Ape dorang ingat dorang yang bagi rezeki kat kita???

3- Manfaat dan mudarat hanya akan berlaku dengan izin Allah. Biarpun ada 100orang nak bagi manfaat pada kita atau 100 orang nak memudaratkan kita tanpa izin Allah ia takkan boleh berlaku. so tak usah nak takut tuk berjuang.

Tiada alasan yang boleh kita gunakan untuk mengelak dari berjuang mempertahankan kesucian Islam.

No comments:

Post a Comment