Sunday, March 15, 2009

Letihnya.

Minggu ni adalah hari yang paling letih dalam hidup aku (aku rasalah).Tu baru sikit je. Tah macam manala YB-YB aku tu wat keje. lagi-lagi pulak time kelam-kabut macam ni.

Sme start Hari Rabu, Ari tu kelas Full dari pagi sampai ke petang, Kul 5.30ptg ada meting JPP. Emm elok je nak abis meting abang amin call mintak tolong unit amal turun bantu bangsa banjir. Dengan kelam kabutnya aku dok cari kenderaan dan settlekan urusan usrah yang aku sepatutnya buat malam tu. Mujur la aku just nak buat tayangan je. Cite Sultan Muhammad al-Fatih, Penakluk Kota Constatine.

Malam tu pas maghrib kitorang bertolak ke Trolak Pekan bantu mangsa banjir yang mana banjirnya takat kepala aku. Dalam gila. Pak Ndak cakap memang kita nak pindahkan dorang sme ke tempat lain. Tapi Jahaman tu dah rampas kuasa. So terpaksa la kita tangguhkan dulu. Nak harap geng-geng jahanam tu lagi 50thun pun belum tentu mangsa-mangsa banjir tu leh pindah.

kitorang balik dalam kul 3pagi. aku pun basuh la baju. Takkan nak biar macam tu je. karang melekat la pulak lumpur pada baju n suar aku tu.

Kul 6 pagi bangun, mandi n solat subuh. pastu bersiap nak g putrajaya tuk seminar Keajaiban Al-Quran. dah la jadi leader. Penat-penat. Nasib baik la pengisian best. Siap dapat termos lagi.

balik kul 5.30 n sampai ke poli kul 8. Ada kuliah maghrib lak adoi. Ustaz Zulfika da. Kul 9.30 ada meting dengan Pemuda lak. Ayoyo memang pack gila jadual aku. Dalam meting dapat la pulak jawatan jadi pengerusi SPR pemuda kawasan. Abis meting dorang ajak makan lak. Aku pun layan la. Dah orang nak belanja. Tapi wat-wat malu kucing sket. Haha.

Balik tu aku ada keje lagi. Ada 1 asgmnt n 2 test ari jumaat tu. tapi dengan tidak sengajanya aku telah tertido dengan lenanya. Bangun pagi dengan tak studynya. aku terus bertawakal je tuk jawab test.

Huh akhirnya dengan bantuan kawan-kawan dapat la aku jawab test sket. Pastu g jumpa lecturer tuk wat retest math lak. Tapi lect tak de da. So pas cuti la aku wat Retest tu. So aku pun teruskan keje wat tentatif ProJIK yang aku tak wat lagi tu tuk dibentangkan kepada Ustaz Mior Jumaat karang. Adoi.

Tapi Allah Maha Kuasa, Aku tak rasa la sangat keletihan tu. Aku pegang 1 benda je. Tolong Agama ALLAH, Allah tolong kita balik, dan teguhkan pendirian kita.

No comments:

Post a Comment