Sunday, March 1, 2009

Di Sebalik Kejayaan Explore Race JPP

Alhamdulillah, JPP berjaya mengadakan Explore Race bersempena Hari Palestin yang diadakan semalam. Penyertaan yang sangat-sangat memberangsangkan dan di luar jangkaan. Namun begitu penyertaan yang menghadkan kepada 20 kumpulan pertama sahaja membantutkan penyertaan yang begitu menggalakkan. Namun begitu jangan risau, kami pastinya akan cuba menganjurkan suatu pertandingan yang lebih besar dalam masa yang terdekat. Oleh itu teruskan menyokong JPP.

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hati ini terlalu rawan. Anak-anak muda hari ini semakin teruk dan semakin jauh dengan agama. Pernah nabi bersabda, di akhir zaman tidak tinggal Islam kecuali pada nama dan tidak tinggal pada Al-Quran kecuali tulisan. Dalam meraikan kejayaan menganjurkan aktiviti terdapat beberapa kelompangan pada peserta.

Kisah 1

Apabila disuruh berikan apa rukun Islam kepada satu kumpulan siswi, jawapan yang kami diterima, solat, zakat, puasa, haji dan beriman pada hari kiamat. Seorang AJK menegur, “Betul ke??? Kalau Islam mesti mengucap 2 kalimah syahadah kan??” Dorang mengiakan. Tapi bila diminta nyatakan rukun Islam jawapan yang sama diberikan. Kumpulan lain Apabila di minta berikan rukun Islam, di jawabnya Rukun Iman. Apabila AJK cakap jawapan tu salah, bebudak tu tak nak ikut. “ Ala psiko je tu. Jangan percaya dorang nak psiko kita.” Satu team lagi bila ditanya apa tu rukun Islam dorang jawab Islam, Rukun iman??? Iman. Huh hampeh..

Kisah 2

Di satu check point lain, apabila di suruh baca doa bangun tido, tak tau. Doa naik kenderaan, tak tau, masuk tandas pun tak tau. Last-last AJK tanya dorang, doa ape yang dia tau. Dijawabnya doa (niat) mandi wajib. Nasib baik la tau jugak. Kalau tak lagi la hampeh.

Kisah 3

Ada lak yang bergaduh bila diminta berikan rukun islam. Tak tau yang mana dulu. Mengucap or solat. “Solat la lagi penting.” Kata sorang budak. Adoi penin-penin.

Kisah 4

Soalan cepu mas, bila Rasulullah diangkat menjadi rasul??? “40 tahun.” “Eh bukan la, tu nabi wafat, 14 tahun kot.”

Huhu mati la ustaz-ustaz kalau macam ni. Makin lama makin teruk dak-dak ni. Apa lagi yang kita nak kata. Mak bapak hari ini lebih risaukan anak gagal dalam pelajaran, tapi biarkan bila anak-anak gagal dalam mengamalkan agama Islam. Semua nak mengharapkan ustaz ustazah tuk ajar anak-anak dorang. Mungkin masih belum terlambat tapi bila dah jadi buluh memang sangat susah untuk di lenturkan. Sama-sama kita memuhasabah diri.

No comments:

Post a Comment