Tuesday, March 24, 2009

NIZAR vs ZAMBRY

Haha ana setuju bebeno dengan pendapat abang Sofi Wahab yang mencadangkan agar Zambry menawarkan diri menentang menteri besar PR di kerusi parlimen Bukit Gantang.

Tapi bak kata bro mutaligat tu Zambry ni bukan jenis yang berani. Kenyataan yang dikeluarkan pun tah apa-apa. Dia asek menjaja pelantikannya dibuat oleh Sultan. Apa HJ Nizar dulu bukan Sultan ke yang lantik??? Cakap tak pernah berfikir. Itu la pemikiran orang-orang UMNO.

Bagi ana pemilihan HJ Nizar sebagai calon adalah sangat tepat. Ia bukan sahaja bagi mendapatkan sokongan bukan melayu malah bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Hj Nizar memang diterima oleh rakyat Perak. Takde la macam Zambry tu. Pi mana-mana takdak pun yang nak pi serbu dia.

Pemilihan Hj Nizar bukan bermakna membantah pendapat Nik Aziz tetapi ia adalah pendapat ahli Majlis Syura yang mana ia merupakan badan tertinggi didalam Pas.

Mudah-mudahan dengan tercalonnya Hj Nizar ini akan membangkitkan lagi semangat para petugas dalam memastikan Pas menang di kerusi ini. Ana pasti PAS akan menang tetapi dengan syarat kita buat kerja kita. InsyaAllah Allah pasti menolong orang yang berusaha.

No comments:

Post a Comment