Monday, March 30, 2009

Kami Takkan Lari dari Medan

Emm banyak sangat kisah menarik ketika hari penamaan calon berlaku. Aku taktau nak cite yang mana tapi yang pastinya semua tu menunjukkan semangat para pejuang kita dalam menegakkan kebenaran tanpa ada sedikitpun kekeluhan. Semuanya sanggup berkorban atas nama perjuangan meningkatkan syiar Islam.

Kita merancang Allah juga merancang dan sesungguhnya rancangan Allah lah yang akan berjaya. Pastinya kedudukan para penyokong ketika hari penamaan calon merupakan suatu perkara yang sangat menarik untuk diperkatakan. PR berjaya menawan bukit yang terdapat di situ. Bukan sahaja kawasan yang selesa (macam tengok bola kat stadium) kerana keadaannya yang condong malah kami dipayungi pepohon rendang dan terhindar dari panas terik. Di sebelah sana sudah lah kawasannya mendatar, panas terik lak tu.Malah bila dilihat kami dari seberang sana pastinya perasaan gerun menghantui mereka. Apa taknya bukit itu berjaya kami tawan. ribuan ketayap putih dan bendera memenuhinya.

Antara peristiwa lain adalah jumlah penyokong yang sangat berbeza. Hampit 10 kali ganda ramainya berbanding penyokong BN. Malah Adun Sekinchan berkata calon UMNO yang bertanding Kenapa IPF yang lagi ramai. Mungkin inilah tanda-tanda kehancuran Umno. Malah peristiwa mereka bergaduh sesama sendiri sangat memalukan.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan.
Pertahankan Bukit itu
Pejuang muda pembela agama
Dibuang BN kerana malu dan melarikan diri. Aku pijak je la. Yang kotor tu kaki aku la tu
Jangan pukul dia. Insan ini tak bersalah yang bersalah Adun-Adun katak itu

No comments:

Post a Comment