Friday, March 27, 2009

BUKIT GANTANG: TUNGGULAH KEDATANGANKU

Ya Allah betapa rindu diri ini untuk menjejak kaki ke medan pertempuran. Alangkah hinanya diri ini tattala pahlawan yang lain telah lama berada di medan tetapi aku masih lagi teragak-agak untuk bersama mereka.

Ya tidak dinafikan aku telah pernah kesana, namun ia sekadar pergi melawat kawasan. Tiada sebarang jasa atau kerja yang aku sumbangkan setakat ini. Andai kata ditakdirkan PAS menang dikawasan tersebut alangkah malunya aku untuk meraikannya. Tetapi andai kata PAS kalah disana, pastinya aku akan diselimuti kekesalan yang teramat sangat.

Wahai bukit gantang tunggulah kedatangan ku. Aku pastinya akan menjejak tanahmu dalam memastikan Islam berjaya di dada mu. Wahai Bukit gantang ketahuilah sesungguhnya aku amat merinduimu.

No comments:

Post a Comment