Friday, May 29, 2009

Alahai Pengerusi SPR

"Untuk elakkan pilihanraya kecil diadakan lagi pada masa akan datang pengerusi SPR, Abdul Aziz cadangkan parti politik letakkan calon yang sihat." Ni msg yang aku terima dari harakah. Tak tau la pulak bila kenyataan ni dikeluarkan. tapi kalau betul kenyataan ni dikeluarkan oleh pengerusi SPR memang orang tua tu dah nyanyok.

Lebih baik cakap sila pastikan calon anda tidak mati sepanjang menjadi wakil rakyat. Kan lagi senang.

alahai pakcik, mana la kita tau ajal maut kita. Kalau tau kan senang. agak-agak lagi setahun nak mati brenti jadi adun dok kat masjid beribadat. ngat semua yang sakit tu akan mati awal ke??? ape yang sihat tu lambat lagi mati??? Kita tengok kes Dato Razali Kuala tengganu ngan Ustaz Roslan Bukit gantang. Sihat wal afiat tapi bila sampai masanya mereka pergi juga.

Aku taktau la ape yang nak jadi dengan pengerusi SPR ni maybe dia nak lawan Rashit dulu kot. Ye la nak tunjuk yang AKU LAGI HEBAT. Atau pun dia ingat dia sihat dia akan hidup lama lagi kot. So leh la buat naya kat orang dulu. Karang dah sakit baru la bertobat.

No comments:

Post a Comment