Friday, May 22, 2009

Pakcik Muallaf Itu….

Suatu yang sangat menginsafkan. Aku pun tak tau kenapa aku jadi sebegitu. Mungkin aku semakin berubah. Ya Allah kuatkanlah aku dalam mencari redha Mu.

Semuanya bermula ketika aku kat Medan Gopeng nak balik ke poli. Pakcik tu datang kepada ku untuk meminta ehsan belas aku untuk mendapatkan sedikit rezeki. Dua kali dia menghampiri aku dan kedua-dua kali itulah aku menghampakan dia. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu memberi apa-apa padanya. Sedangkan sebelum itu aku jarang menghampakan peminta sedekah terutama di pasar-pasar malam. Walau pun hanya syiling dan ketika aku tak ada duit tapi aku sedaya upaya untuk memberi sedikit sumbangan. Bagi aku, biarlah dia nak tipu aku pun, aku bukan berdosa. Lagi pun itu je yang mampu aku lakukan bagi menampung amalan aku kat sana nanti.

Tapi kali ini amat berat untuk aku mengeluarkan dompet atau menyeluk saku seluar. Ya Allah kenapa aku begitu. Pakcik muallaf itu pergi berjumpa kakak di hadapan aku untuk menagih simpati. Kakak tu meminta surat yang dipegang yang dikeluarkan pejabat agama di samping kad pengesahan memeluk islam. RM 10 dihulurkan. Ya Allah lagi aku rasa bersalah. Apalah yang dia fikirkan di dalam hati. Begini rupanya orang islam tidak mahu langsung untuk membantu orang sepertinya. Bila fikirkan balik alangkah berdosanya aku jika dia kembali kepada ajaran asal kerana kecewa dengan sikap orang seperti aku ni. Ya Allah apa aku nak jawab ketika itu…

Aku sedar kesalahan diri. Aku cuba mencari kelibat muallaf tua itu. Tidak berjumpa.. mana dia pergi. Manusiakah atau malaikat yang menjelma untuk menguji aku??? Dalam hati, aku dah takut separuh mati.. Mana orang tua ni. Pakcik saya nak menyumbang datang lah. Nanti lagi 5 minit bas saya dah nak sampai. Pakcik kat mana….

Bas aku tiba… Hati aku rawan. Ya Allah berdosanya aku kat pakcik tu… tetiba aku nampak kelibat dia. Cepat-cepat aku menuju kepadanya memegang tangan bersalam dan memberikan sedikit sumbangan setakat yang termampu. Dalam hati aku aku bersyukur sangat kerana dapat mengembirakan hati seorang muallaf. Mudah-mudahan dia semakin teguh pegangannya dengan Islam..

No comments:

Post a Comment