Friday, May 22, 2009

Kita Tunggu Dan Lihat

Zawawi masih tak puas hati. “Zambry celaka tu menang. Dorang beli hakim.” Haha antara cetusan hati yang dilontarkan.

Kalau nak ikut hati aku pun tak puas gak. Yela sape yang suka bila kalah. Kalah pulak dalam keadaan padang yang senget sebelah. Tapi itu la hakikat perjuangan. Lebih-lebih lagi orang yang nak perjuangkan Islam.

“Kalah dan biasa. Menang yang luar biasa.” Itu la yang sering pemimpin Pas katakan dulu.

Jangan Risau adikku insyaAllah ada la hikmahnya. Kita tunggu dan lihat. Pemimpin kita bukannye posmen atau askar pencen. Kita berikan kepercayaan kepada dorang. Yakin pada dorang. InsyaAllah dorang takkan mengkhinati kita. Dorang sedang berusaha untuk mendapatkan semula Perak yang kita sayangi.

Lagi pun bukan sahaja rakyat, yakinlah raja pun bersama kita. Kita ada konsep wala’ dalam berjemaah. Selagi tak mengatasi syarak kita wajib mentaati mereka.

“Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.”

No comments:

Post a Comment