Thursday, May 7, 2009

Projek akhir YDP PSAS Dapat Tempat Pertama

JPP PSAS telah membuktikan satu lagi kejayaan mereka apabila YDP nya berjaya meraih tempat pertama di dalam Pertandingan Projek Semester Akhir Peringkat Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Azlan Shah. Dengan kejayaan itu membuktikan JPP PSAS bukan hanya mampu untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti malah pelajar yang kreatif dan inovatif.

Projek yang dinamakan sebagai Sistem Pengesan Perokok dicipta khas bertujuan mengurangkan kadar perokok disekitar JKE khasnya dan PSAS amnya yang nama ia dibangunkan bertujuan mendapatkan bukti tentang kewujudan perokok-perokok tegar di sekitar politeknik. Secara ringkasnya, projek ini akan berfungsi apabila pengesan asap mengesan kehadiran asap seterusnya memberikan input kepada perisian Visual Basic yang digunakan. VB 6.0 tersebut akan mengaktifkan Buzzer dan lampu amaran seterusnya mengaktifkan kamera yang disembunyikan di tempat sasaran. Pensyarah akan menangkap gambar seterusnya ia akan disimpan secara automatik di dalam drive C:

Pertandingan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PSAS itu turut mempamerkan lebih 20 projek akhir Pelajar JKE. Menurut Penyelaras Projek Akhir JKE Encik Nasrol Azhan pameran kali ini mempamerkan produk yang lebih bermutu berbanding pameran-pameran sebelum ini.


No comments:

Post a Comment