Friday, May 22, 2009

Antara Dua Darjat

Alhamdulillah aku berkesempatan untuk bersama dua majlis yang hamper sama tetapi dianjurkan oleh dua organisasi yang berbeza. Haha bukan nak komen sal ape pun saje je nak cite ape yang berlaku. Haha.

Kedua-dua program tu adalah Majlis Pra Graduan yang dianjurkan oleh JKE dan E-club untuk pelajar semester akhir, manakala keesokan harinya dilangsungkan pula Majlis Penutup JPP anjuran JPP. Hehe aku sebagai YDP datang makan je sebenarnya. Bukan tak ambik berat tapi aku memang yakin kat anak-anak buah aku dan dorang memang boleh diharap sesangat.

Bukan nak cite sal program tetapi sal perasmi yang mana kedua-duanya berbeza sangat. Aku pastinya rindukan pada Hj Wahab Mohamed Merah yang mana hari ini (22 Mei) adalah hari terakhir beliau berada di politeknik sebagai Ketua Jabatan (naik pangkat jadi pengarah Kolej Komuniti Chenderiang da). Tuan Haji ketika merasmikan Majlis Pra-graduan begitu memahami anak-anak buahnya. Di dalam ucapannya beberapa kali beliau memberitahu “saya akan ringkaskan ucapan saya.” Hehe bukan Tuan Haji malas bagi ucapan tetapi sifat kebapaan yang ada membuatkan beliau begitu memahami pelajar. (kami bukan suka sangat nak dengar ucapan panjang-panjang, lagi pulak makanan depan mata).

Berlainan dengan Encik Yaakob, Timbalan Pengarah PSAS. Ucapan majlis penutup macam ucapan penggulungan hujag di parlimen je. Sebenarnya ucapan yang kami sediakan sket je. Tapi dia melalut sampai masuk bab alumni dan sal koperasi. Tau la dia pengerusi KOPSAS tapi jangan la cite sal KOPSAS dalam majlis orang lain. Takde kene mengena langsung. Membe-membe dah anto msg kat aku Tanya ape dia merepek ni? Abang Abu dah geleng kepala. Cik Kaza telan liur tengok makanan depan mata. Haha aku??? Nak tak nak kene la jugak bertahan.

Bukan kami tak nak bagi bercakap lama-lama. Tapi berpada-pada la. Jangan la mengarut sal benda lain yang takde kene-mengena. Contohi la Hj Wahab tu. Bercakap apa yang perlu je.Bukan nak marah tapi saje je nak penuhkan ruangan blog aku haha.

No comments:

Post a Comment