Thursday, May 28, 2009

Selamat Tinggal Alam Kampus

Merdeka Merdeka Merdeka

Akhirnya.....

Selamat tinggal alam kampus. Akhinya aku meninggalkan juga alam ini. Dari tahun 2003 hingga 2009. Bermula di matrikulasi Melaka pergi ke KUKUM dan terakhir di sini. Pastinya aku merindui kehidupan dikampus.

Last Paper Protection. Hahaha tak sabar aku nak menjawabnya. Walaupun macam tak boleh jawab je tapi aku menggagahkan juga untuk menyiapkan jawapanku. Hehehe

Susah senang aku terpaksa tempuhi dan begitu banyak pengalaman berharga yang ku perolehi. Dan yang terpenting pengalaman bersama jemaah kampus. Ia pastinya takkan aku sia-siakan.
Adik-adik??? Haha takut korang bila aku warning jangan dok lari sem depan. Siap kenakan aku balik tak bagi aku grad supaya aku pun tak lari. Haha mane leh macam tu. Korang tak kecian kat aku ke??? Aku ni da tua. Bagi la aku peluang tuk keje lak. Itu la hakikatnya setiap ang bermula pasti akan berakhir. Kali ini giliran aku meninggalkan korang, akan datang korang pulak. Tapi bila aku blah takkan korang pun nak menyorok??? sape yang nak sambung perjuangan aku nanti. Korang la harapan aku

Hehe tapi jangan risau aku akan setia dengan jemaah ni walaupun mungkin namanya tidak sama. Lagi pun medan kita dah berbeza. Korang dimedan kampus aku pulak dalam proses ke medan sebenar yang aku tak tau setakat mana yang mampu aku capai. Tapi ape-ape pun aku akan cuba sedaya upaya untuk terus berkhidmat tuk islam.

Korang tak perlu risau selagi korang buat kerja insyaAllah pasti kerja-kerja korang akan siap. Tapi kalau duduk saja-saja mana nak dapat hasilnya. Korang sme ada potensi yang besar tuk jadi pemimpin masa depan.

Dan alam kampus insyaAllah kalau ada rezeki kita akan bersama lagi. Aku juga punya cita-cita untuk belajar lagi. Cuma bukan masanya lagi.

No comments:

Post a Comment