Friday, May 22, 2009

UMNO Akan Terburai Di Manek Urai

Al-fatihah…

Pas Kelantan menerima satu kejutan apabila Adun Manek Urai Ustaz Ismail Yaakob telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya subuh tadi pada pukul 5.55 akibat kompilasi sakit kencing manis yang dihidapainya. Allahyarhan yang merupakan Adun yang paling lama berkhidmat di Kelantan setelah memenangi kerusi Dun sejak pilihanraya umun 1986 telah di kebumikan selepas solat jumaat tadi.

Mungkin UMNO dapat menarik nafas lega setelah berjaya memberikan alasan untuk tidak menyertai PRK Penanti yang sedang menanti. Hanya permainan pembangkang katanya. Namun begitu mereka tidak dapat lari daripada perancangan Allah. Manek Urai bukan kosong akibat perancangan manusia. Malah tak ada sedikit pun niat di hati untuk mengosongkan kerusi tersebut. Tetapi itu lah hakikatnya.

Selepas ini kita lihatlah apa yang Bapa Kekalahan Negara akan komen. Mungkin mereka akan menarik diri juga daripada bertanding. Bagi mereka biar kalah tidak bertanding asal jangan dimalukan rakyat dengan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada PR.

Kemenangan pastinya dijangka akan memihak kepada PAS kerana di situ merupakan kubu kuatnya. Jika Penanti dimenangi PKR dan Manek Urai dimenangi PAS pastinya UMNO akan lebih malu. Apa tidaknya dalam tujuh pilihan raya mereka hanya memenangi 1 kerusi. Itu pun mujurlah di Batang Ai Sarawak. Dan apa yang pasti kemenangan yang diperolehi PR meningkat berbanding PRU yang lalu. Dan ia pastinya membuatkan BN tidak lena tidur dalam menghadapi dua Pilihan raya negeri iaitu Perak dan Serawak yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Ketika diziarahi Tok Guru

Perjalanan terakhir seorang pejuang

No comments:

Post a Comment