Thursday, May 7, 2009

Sukan Pasti Yang Dilupakan

Ya Allah aku betul-betul terlupa untuk memuatkan berita sukan Pasti Tanjung Malim di dalam blog kesayangan ku ini.

Alhamdulillah 2 minggu lalu aku sempat bersama pemuda Tanjung Malim untuk menjayakan program sukan PASTI walaupun pada mulanya banyak halangan yang terpaksa ditempunya. Namun begitu kami berjaya menghantar pasukan bantuan yang terdiri daripada 9 muslimin dan 3 orang muslimat.

Semuanya berjalan lancar malah aku yang pada mulanya hanya sekadar ingin menjenguk (sebenarnya nak lari dari program poli) telah mendapat tugasan penting iaitu memastikan perarakan perasmian berjalan lancar. Wow macam hebat je. Haha mujurla ada bantuan kawan-kawan. Kalau tak kelam kabut jugak jadinya.

Apa yang penting pada pagi itu bukan sahaja kami 12 orang pelajar poli yang berada di sana, tetapi ia juga dihadiri ramai staf poli. Malah otai-otai seperti Cik Zahiran, Cik Usop, abang Syeikh, dan beberapa pensyarah yang lain juga bersama-sama kami memeriahkan program sukan pasti tersebut. Kiranya tak salahla kalau YDP takde kat program poli sebab penasihat JPP pun lari gak. Dan agak glamor la jugak aku time tu sebab terpaksa buat pengumuman depan dorang. Macam orang besar Pasti je.

Tapi apa yang pasti memang seronok melihat keletah anak-anak kecil yang berlari kesana-sini dengan pelbagai ragam dam pakaian. Haha ni yang jeles ni tah bila aku nak ada anak-anak comel macam tu.



No comments:

Post a Comment