Thursday, May 28, 2009

Sejenak Bersama Presiden PIS

Aku ambik dari risalah yang diedarkan semasa PRK Bukit Gantang yang lalu. Taktau la pulak aku sama ada manifesto tu masih akan digunapakai ataupun tidak.

MENIFESTO KEPIMPINAN BERIMAN
DILAKSANAKAN DAN DIBUKTIKAN

1.Berkhidmat dengan beriman. Syukur dengan pembayaran perkhidmatan. Tidak utama diri menyalahgunakan kuasa dan wang peruntukan.
2.Tubuh khidmat amar makruf nahi mungkar. Nasihat menasihati kepada peminum arak, judi, pelacuran, maksiat, gejala sosial remaja, penagihan dan pengedaran dadah. (bersama Penguatkuasa undang-undang)
3.Tubuh badan khas mengimarahkan masjid-masjid, ceramah-ceramah fardu ain, fardu kifayah, qiamulail, tadarus, kelas pengurusan jenazah dan pelbagai aktiviti-aktiviti kerohanian. (kelas al-Quran dan tafsir al-Quran bersama jabatan agama islam)
4.Tubuh badan khas mengimarahkan dewan orang ramai, aktiviti sosial, sukan, ekonomi dan kebajikan. (kelas perkahwinan, kemahiran hidup, motivasi dan pelbagai program bagi memantapkan diri bersama Jabatan belia dan sukan)
5.Tubuh badan khas disiplin 3 ahli dewan undangan negeri bagi menerapkan konsep politik beriman. (bersama SPRM)
6.Tubuh badan khas rakyat. Menerima pengaduan-pengaduan dengan memartabatkan konsep beriman menuju kea rah masyarakat beriman dan bertakwa.
7.Kepimpinan Rasulullah dan para sahabat jadi pedoman bagi kegemilangan masyarakat beriman.

Itulah 7 perkara yang terkandung dalam senarai manifesto Kamarul Ramizu Idris yang bertanding lagi di kerusi Penanti. Aku baca pun aku nak gelak. Ape dia ingat keje MP atau ADUN tu macam keje konsultan motivasi ke??? Aku tau la dia tu selalu buat kem-kem motivasi. Mana nak leh wat macam tu syeikh…

Kalau tak menang pun Penguat kuasa undang-undang, Jabatan agama islam dan Jabatan belia dan sukan masih lagi boleh dan perlu untuk melaksanakkan benda-benda tu sme. Malah umno lagi la banyak mempergunakan dorang sme untuk menarik undi. Setakat MP bebas apa la sangat yang hang boleh buat.
Tapi yang no 5 aku setuju sesangat. Memang katak 3 ekor tu perlu di disiplinkan. Tapi kalau oleh SPRM aku yakin dorang akan jadi lagi teruk. Ape taknye perangai SPRM lagi teruk dari katak 3 ekor tu.

Tuk Kamarul Ramizu, awak tu orang motivasi. Cari la manifesto yang bila orang baca orang akan fikir 2 3 kali. Aku bace pun nak tergelak. Lagi satu bila bercakap jangan la lelebih. “Strategi saya adalah mewujudkan masyarakat yang sentiasa bersyukur, sabar dan mengingati Allah.” Ello awak ingat awak sorang diri mampu ke wat sme tu. Rasulullah pun buat secara berjemaah selama 23 tahun tau. Tak mampu nabi tanpa bantuan para sahabat. Awak mampu ke???

Siap nak mengemaskini proses keimanan ke dalam dada dan jiwa penduduk agar menuju kea rah insane islam wahyu lagi. Hebatnye awak ni. Awak tuhan ke atau nabi??? Rasulullah pun tak mampu nak bagi orang jadi baik. Hanya mampu berdakwah je. Ingat manusia tu macam robot ke???

Aku taktau la apa yang hang nak bagi tuk PRK Penanti ni.

No comments:

Post a Comment