Friday, May 29, 2009

Khir Toyo Nak Tunjuk Hero

Wah khir Toyo dah insaf ke??? ataupun hanya nak cari publisiti lepas kalah ketua pemuda???

Dah kalah baru nak bla rakwat. Time memerintah asek bela perut sendiri je. Time tu harta rakyat pun dia angkut. Sekarang baru nak sedar yang rakyat terbeban dengan TOL. Tapi bagus la jugak ekurang-kurangnya ada la jugak yang sedar. So bila dah sedar tu cadang-cadangkan la kepada Pusat tuk hapuskan Tol kat malaysia ni. Kalau tak hapus pun at least dapat la diminimumkan jumlah yang perlu dibayar. berikut aku pastekan sket apa yang khir toyo cakap.

Katanya sungguhpun ada di kalangan rakyat tidak memakai kereta dan tidak melalui jalan tol, tetapi rakyat yang miskin terpaksa menanggung beban akibar dari dasar kerajaan yang tindas rakyat melalui tol.

"Misalannya sayur sawi yang dibawa daripada Cameron Highland akan menjadi mahal kerana penjual sudah masukkan harga tol dalam harga sawi yang orang kampung beli.

"Inilah ekonomi seperti mata rantai, walaupun orang kampung tidak bayar tol, tetapi secara tidak langsung dia kena bayar tol," katanya. -azm _


Kami tak kisah kalau hang nak jadi pejuang rakyat. Asalkan niat hang ikhlas. Biar la hang yang dapat nama kami yang dah lama berjuang untuk itu tak kisah skit pun kerana kami berjuang bukan untuk nama. Tapi untuk dapatkan pembelaan.

Alahai Pengerusi SPR

"Untuk elakkan pilihanraya kecil diadakan lagi pada masa akan datang pengerusi SPR, Abdul Aziz cadangkan parti politik letakkan calon yang sihat." Ni msg yang aku terima dari harakah. Tak tau la pulak bila kenyataan ni dikeluarkan. tapi kalau betul kenyataan ni dikeluarkan oleh pengerusi SPR memang orang tua tu dah nyanyok.

Lebih baik cakap sila pastikan calon anda tidak mati sepanjang menjadi wakil rakyat. Kan lagi senang.

alahai pakcik, mana la kita tau ajal maut kita. Kalau tau kan senang. agak-agak lagi setahun nak mati brenti jadi adun dok kat masjid beribadat. ngat semua yang sakit tu akan mati awal ke??? ape yang sihat tu lambat lagi mati??? Kita tengok kes Dato Razali Kuala tengganu ngan Ustaz Roslan Bukit gantang. Sihat wal afiat tapi bila sampai masanya mereka pergi juga.

Aku taktau la ape yang nak jadi dengan pengerusi SPR ni maybe dia nak lawan Rashit dulu kot. Ye la nak tunjuk yang AKU LAGI HEBAT. Atau pun dia ingat dia sihat dia akan hidup lama lagi kot. So leh la buat naya kat orang dulu. Karang dah sakit baru la bertobat.

Thursday, May 28, 2009

Minimum 10 Subjek - Baik Ke???

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan. makna nya pasni takde lagi la kita dapat dengar genius-genius yang akan mengharumkan nama keluarga dan negara.

Apa punya bodo menteri pelajaran sekarang ni. nama je timbalan perdana menteri tapi pemikiran macam orang kampung. Orang kampung pun pandai lagi nak bezakan mana baik mana buruk.

Antara alasan yang diberi: nak rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. ello bila kita check balik antara bandar dan luar bandar anak-anak sape yang lagi pandai. siti fatimah tu anak sape??? Nik maziah tu anak sape?? hai betul ke ni pak menteri yang bertanggung jawab tentang pelajaran??? Yang kat bandar pun ramai anak orang kampung.

Lagi alasan dia nak guru-guru tumpu tuk pelajaran utama. Maknanya lagi sket subjek lagi boleh diberi tumpuan la yek??? bila dah kurang subjek guru-guru tuk subjek tu akan jadi makin ramai tapi peluang dah di isi oleh guru-guru lain yang lagi berpengalaman .So ramai la pulak guru-guru yang akan menganggur. Nak ngajar tuition pun susah sebab student tak ambik subjek tambahan.

Bila maksimum 10 subjek sme tu hanya akan diisi dengan subjek-subjek utama (dunia) macam math, sains dan bahasa. tetapi subjek-subjek agama terpaksa dikesampingkan kerana kouta dah penuh. Pandainya pak menteri ni nak bunuh budak-budak agama.

Dan yang pasti dorang cuba untuk mempertahankan PPSMI. Tu la dia kerajaan yang memerintah sekarang.

Manek Urai Sasaran Seterusnya....

Penamaan Calon : 6 Julai 2009
Hari Pengundian : 14 Julai 2009

Itulah yang telah diumumkan SPR semalam,

Gendang telah dipalu. Ayuh jentera/petugas parti, mulakan kempen dari sekarang !!!
Dengan usaha dan doa, semoga Allah merahmati perjuangan kita dan menghadiahkan kemenangan. Insya Allah.
Takbir!!!

Selamat Tinggal Alam Kampus

Merdeka Merdeka Merdeka

Akhirnya.....

Selamat tinggal alam kampus. Akhinya aku meninggalkan juga alam ini. Dari tahun 2003 hingga 2009. Bermula di matrikulasi Melaka pergi ke KUKUM dan terakhir di sini. Pastinya aku merindui kehidupan dikampus.

Last Paper Protection. Hahaha tak sabar aku nak menjawabnya. Walaupun macam tak boleh jawab je tapi aku menggagahkan juga untuk menyiapkan jawapanku. Hehehe

Susah senang aku terpaksa tempuhi dan begitu banyak pengalaman berharga yang ku perolehi. Dan yang terpenting pengalaman bersama jemaah kampus. Ia pastinya takkan aku sia-siakan.
Adik-adik??? Haha takut korang bila aku warning jangan dok lari sem depan. Siap kenakan aku balik tak bagi aku grad supaya aku pun tak lari. Haha mane leh macam tu. Korang tak kecian kat aku ke??? Aku ni da tua. Bagi la aku peluang tuk keje lak. Itu la hakikatnya setiap ang bermula pasti akan berakhir. Kali ini giliran aku meninggalkan korang, akan datang korang pulak. Tapi bila aku blah takkan korang pun nak menyorok??? sape yang nak sambung perjuangan aku nanti. Korang la harapan aku

Hehe tapi jangan risau aku akan setia dengan jemaah ni walaupun mungkin namanya tidak sama. Lagi pun medan kita dah berbeza. Korang dimedan kampus aku pulak dalam proses ke medan sebenar yang aku tak tau setakat mana yang mampu aku capai. Tapi ape-ape pun aku akan cuba sedaya upaya untuk terus berkhidmat tuk islam.

Korang tak perlu risau selagi korang buat kerja insyaAllah pasti kerja-kerja korang akan siap. Tapi kalau duduk saja-saja mana nak dapat hasilnya. Korang sme ada potensi yang besar tuk jadi pemimpin masa depan.

Dan alam kampus insyaAllah kalau ada rezeki kita akan bersama lagi. Aku juga punya cita-cita untuk belajar lagi. Cuma bukan masanya lagi.

Terima Kasih Cik Usop




Wah wah wah. Sedapnye makan. Tomyam ayam, Siakap 3 rasa, kailan ikan masin, daging masak merah, telur bungkus, sotong dan udang goring. Gila punya makan. Bukan tak penah makan macam tu tapi jarang sesangat dapat. Sekali cik usup belanda da. Ujung-ujung sem ni memang rezeki murah sesangat. Malam semalam abang Nasir belanja nasik ujan panas sebelum tu buat BBQ. Malam lusa lak ada lagi.

Aku tau niat cik usup tu nak menghargai kerja buat dak-dak ni tapi tak sangka lak sampai macam tu punya mewah. Harap-harap adik-dik yang kene belanja tu sem depan jangan nak menyorok bila orang ajak wat keje lagi. Patutnya kene la lagi upgrade dari sem ni. Mudah-mudahan kalian dapat istiqamah dalam perjuangan ini. Amin…

Sejenak Bersama Presiden PIS

Aku ambik dari risalah yang diedarkan semasa PRK Bukit Gantang yang lalu. Taktau la pulak aku sama ada manifesto tu masih akan digunapakai ataupun tidak.

MENIFESTO KEPIMPINAN BERIMAN
DILAKSANAKAN DAN DIBUKTIKAN

1.Berkhidmat dengan beriman. Syukur dengan pembayaran perkhidmatan. Tidak utama diri menyalahgunakan kuasa dan wang peruntukan.
2.Tubuh khidmat amar makruf nahi mungkar. Nasihat menasihati kepada peminum arak, judi, pelacuran, maksiat, gejala sosial remaja, penagihan dan pengedaran dadah. (bersama Penguatkuasa undang-undang)
3.Tubuh badan khas mengimarahkan masjid-masjid, ceramah-ceramah fardu ain, fardu kifayah, qiamulail, tadarus, kelas pengurusan jenazah dan pelbagai aktiviti-aktiviti kerohanian. (kelas al-Quran dan tafsir al-Quran bersama jabatan agama islam)
4.Tubuh badan khas mengimarahkan dewan orang ramai, aktiviti sosial, sukan, ekonomi dan kebajikan. (kelas perkahwinan, kemahiran hidup, motivasi dan pelbagai program bagi memantapkan diri bersama Jabatan belia dan sukan)
5.Tubuh badan khas disiplin 3 ahli dewan undangan negeri bagi menerapkan konsep politik beriman. (bersama SPRM)
6.Tubuh badan khas rakyat. Menerima pengaduan-pengaduan dengan memartabatkan konsep beriman menuju kea rah masyarakat beriman dan bertakwa.
7.Kepimpinan Rasulullah dan para sahabat jadi pedoman bagi kegemilangan masyarakat beriman.

Itulah 7 perkara yang terkandung dalam senarai manifesto Kamarul Ramizu Idris yang bertanding lagi di kerusi Penanti. Aku baca pun aku nak gelak. Ape dia ingat keje MP atau ADUN tu macam keje konsultan motivasi ke??? Aku tau la dia tu selalu buat kem-kem motivasi. Mana nak leh wat macam tu syeikh…

Kalau tak menang pun Penguat kuasa undang-undang, Jabatan agama islam dan Jabatan belia dan sukan masih lagi boleh dan perlu untuk melaksanakkan benda-benda tu sme. Malah umno lagi la banyak mempergunakan dorang sme untuk menarik undi. Setakat MP bebas apa la sangat yang hang boleh buat.
Tapi yang no 5 aku setuju sesangat. Memang katak 3 ekor tu perlu di disiplinkan. Tapi kalau oleh SPRM aku yakin dorang akan jadi lagi teruk. Ape taknye perangai SPRM lagi teruk dari katak 3 ekor tu.

Tuk Kamarul Ramizu, awak tu orang motivasi. Cari la manifesto yang bila orang baca orang akan fikir 2 3 kali. Aku bace pun nak tergelak. Lagi satu bila bercakap jangan la lelebih. “Strategi saya adalah mewujudkan masyarakat yang sentiasa bersyukur, sabar dan mengingati Allah.” Ello awak ingat awak sorang diri mampu ke wat sme tu. Rasulullah pun buat secara berjemaah selama 23 tahun tau. Tak mampu nabi tanpa bantuan para sahabat. Awak mampu ke???

Siap nak mengemaskini proses keimanan ke dalam dada dan jiwa penduduk agar menuju kea rah insane islam wahyu lagi. Hebatnye awak ni. Awak tuhan ke atau nabi??? Rasulullah pun tak mampu nak bagi orang jadi baik. Hanya mampu berdakwah je. Ingat manusia tu macam robot ke???

Aku taktau la apa yang hang nak bagi tuk PRK Penanti ni.

Saturday, May 23, 2009

Mamat Ni Lagi



Wow mamat ni lagi. Tak serik kalah di Bukit Gantang mencuba nasib pula di Penanti. Memang dia ni tak mudah mengalah. Haha itula dia bakal Presiden Parti Iman Semalaysia (PIS)yang tah bila nak didaftarkan. Aku pun dok menunggu je. Tak sangka pulak dia ni idup lagi.

Ari tu aku memang nak menulis pasal dia dan menifesto yang dia buat tapi tah apesal rasa berat je. Tapi nampaknya di memang bersungguh-sungguh untuk mewujudkan konsortium calon-calon bebas seperti yang di nyatakan.

Friday, May 22, 2009

Kita Tunggu Dan Lihat

Zawawi masih tak puas hati. “Zambry celaka tu menang. Dorang beli hakim.” Haha antara cetusan hati yang dilontarkan.

Kalau nak ikut hati aku pun tak puas gak. Yela sape yang suka bila kalah. Kalah pulak dalam keadaan padang yang senget sebelah. Tapi itu la hakikat perjuangan. Lebih-lebih lagi orang yang nak perjuangkan Islam.

“Kalah dan biasa. Menang yang luar biasa.” Itu la yang sering pemimpin Pas katakan dulu.

Jangan Risau adikku insyaAllah ada la hikmahnya. Kita tunggu dan lihat. Pemimpin kita bukannye posmen atau askar pencen. Kita berikan kepercayaan kepada dorang. Yakin pada dorang. InsyaAllah dorang takkan mengkhinati kita. Dorang sedang berusaha untuk mendapatkan semula Perak yang kita sayangi.

Lagi pun bukan sahaja rakyat, yakinlah raja pun bersama kita. Kita ada konsep wala’ dalam berjemaah. Selagi tak mengatasi syarak kita wajib mentaati mereka.

“Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.”

UMNO Akan Terburai Di Manek Urai

Al-fatihah…

Pas Kelantan menerima satu kejutan apabila Adun Manek Urai Ustaz Ismail Yaakob telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya subuh tadi pada pukul 5.55 akibat kompilasi sakit kencing manis yang dihidapainya. Allahyarhan yang merupakan Adun yang paling lama berkhidmat di Kelantan setelah memenangi kerusi Dun sejak pilihanraya umun 1986 telah di kebumikan selepas solat jumaat tadi.

Mungkin UMNO dapat menarik nafas lega setelah berjaya memberikan alasan untuk tidak menyertai PRK Penanti yang sedang menanti. Hanya permainan pembangkang katanya. Namun begitu mereka tidak dapat lari daripada perancangan Allah. Manek Urai bukan kosong akibat perancangan manusia. Malah tak ada sedikit pun niat di hati untuk mengosongkan kerusi tersebut. Tetapi itu lah hakikatnya.

Selepas ini kita lihatlah apa yang Bapa Kekalahan Negara akan komen. Mungkin mereka akan menarik diri juga daripada bertanding. Bagi mereka biar kalah tidak bertanding asal jangan dimalukan rakyat dengan memberikan kemenangan yang lebih besar kepada PR.

Kemenangan pastinya dijangka akan memihak kepada PAS kerana di situ merupakan kubu kuatnya. Jika Penanti dimenangi PKR dan Manek Urai dimenangi PAS pastinya UMNO akan lebih malu. Apa tidaknya dalam tujuh pilihan raya mereka hanya memenangi 1 kerusi. Itu pun mujurlah di Batang Ai Sarawak. Dan apa yang pasti kemenangan yang diperolehi PR meningkat berbanding PRU yang lalu. Dan ia pastinya membuatkan BN tidak lena tidur dalam menghadapi dua Pilihan raya negeri iaitu Perak dan Serawak yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Ketika diziarahi Tok Guru

Perjalanan terakhir seorang pejuang

Baiknye Dorang

Bas tiba di stesyen Bidor. OK la tu ape yang peliknye. Haha memang takde ape yang pelik tapi aku tertarik pada seorang perempuan seksi berhadapan kedai sport TOTO di sebelah kaunter bas Sri Maju tu. Seksi siot. Aku still memandang (sebenarnya aku dok usha sape yang masuk kedai tu. Adala mamat melayu sorang). Sekali dia pusing alamak muka macam lelaki la. Eh biar betul ni??? Body perempuan tapi muka lelaki. Ni yang buat aku gabra ni. Tapi yang pasti dari raut wajah itu dia berbangsa India.

Yang buat aku tertarik lagi adalah peti tabung duit seperti tabung derma. Mamat seksi tu pulak sedang memegang sesuatu seperti sedang mempromosi barangan. Setiap yang lalu dan masuk ke dalam kedai sport TOTO tu ditayangkan kertas tersebut dan beberapa mamat yang keluar dari kedai tersebut memasukkan duit kedalam tabung selepas diterangkan sesuatu olek mamat seksi tersebut.

Alahai baiknye dorang tu. Walaupun berjudi tapi masih lagi boleh menderma kepada sesuatu. Aku harap bukan la derma tuk Palestin. Baik-baiknye rakyat Malaysia ni kan???

Pakcik Muallaf Itu….

Suatu yang sangat menginsafkan. Aku pun tak tau kenapa aku jadi sebegitu. Mungkin aku semakin berubah. Ya Allah kuatkanlah aku dalam mencari redha Mu.

Semuanya bermula ketika aku kat Medan Gopeng nak balik ke poli. Pakcik tu datang kepada ku untuk meminta ehsan belas aku untuk mendapatkan sedikit rezeki. Dua kali dia menghampiri aku dan kedua-dua kali itulah aku menghampakan dia. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu memberi apa-apa padanya. Sedangkan sebelum itu aku jarang menghampakan peminta sedekah terutama di pasar-pasar malam. Walau pun hanya syiling dan ketika aku tak ada duit tapi aku sedaya upaya untuk memberi sedikit sumbangan. Bagi aku, biarlah dia nak tipu aku pun, aku bukan berdosa. Lagi pun itu je yang mampu aku lakukan bagi menampung amalan aku kat sana nanti.

Tapi kali ini amat berat untuk aku mengeluarkan dompet atau menyeluk saku seluar. Ya Allah kenapa aku begitu. Pakcik muallaf itu pergi berjumpa kakak di hadapan aku untuk menagih simpati. Kakak tu meminta surat yang dipegang yang dikeluarkan pejabat agama di samping kad pengesahan memeluk islam. RM 10 dihulurkan. Ya Allah lagi aku rasa bersalah. Apalah yang dia fikirkan di dalam hati. Begini rupanya orang islam tidak mahu langsung untuk membantu orang sepertinya. Bila fikirkan balik alangkah berdosanya aku jika dia kembali kepada ajaran asal kerana kecewa dengan sikap orang seperti aku ni. Ya Allah apa aku nak jawab ketika itu…

Aku sedar kesalahan diri. Aku cuba mencari kelibat muallaf tua itu. Tidak berjumpa.. mana dia pergi. Manusiakah atau malaikat yang menjelma untuk menguji aku??? Dalam hati, aku dah takut separuh mati.. Mana orang tua ni. Pakcik saya nak menyumbang datang lah. Nanti lagi 5 minit bas saya dah nak sampai. Pakcik kat mana….

Bas aku tiba… Hati aku rawan. Ya Allah berdosanya aku kat pakcik tu… tetiba aku nampak kelibat dia. Cepat-cepat aku menuju kepadanya memegang tangan bersalam dan memberikan sedikit sumbangan setakat yang termampu. Dalam hati aku aku bersyukur sangat kerana dapat mengembirakan hati seorang muallaf. Mudah-mudahan dia semakin teguh pegangannya dengan Islam..

Antara Dua Darjat

Alhamdulillah aku berkesempatan untuk bersama dua majlis yang hamper sama tetapi dianjurkan oleh dua organisasi yang berbeza. Haha bukan nak komen sal ape pun saje je nak cite ape yang berlaku. Haha.

Kedua-dua program tu adalah Majlis Pra Graduan yang dianjurkan oleh JKE dan E-club untuk pelajar semester akhir, manakala keesokan harinya dilangsungkan pula Majlis Penutup JPP anjuran JPP. Hehe aku sebagai YDP datang makan je sebenarnya. Bukan tak ambik berat tapi aku memang yakin kat anak-anak buah aku dan dorang memang boleh diharap sesangat.

Bukan nak cite sal program tetapi sal perasmi yang mana kedua-duanya berbeza sangat. Aku pastinya rindukan pada Hj Wahab Mohamed Merah yang mana hari ini (22 Mei) adalah hari terakhir beliau berada di politeknik sebagai Ketua Jabatan (naik pangkat jadi pengarah Kolej Komuniti Chenderiang da). Tuan Haji ketika merasmikan Majlis Pra-graduan begitu memahami anak-anak buahnya. Di dalam ucapannya beberapa kali beliau memberitahu “saya akan ringkaskan ucapan saya.” Hehe bukan Tuan Haji malas bagi ucapan tetapi sifat kebapaan yang ada membuatkan beliau begitu memahami pelajar. (kami bukan suka sangat nak dengar ucapan panjang-panjang, lagi pulak makanan depan mata).

Berlainan dengan Encik Yaakob, Timbalan Pengarah PSAS. Ucapan majlis penutup macam ucapan penggulungan hujag di parlimen je. Sebenarnya ucapan yang kami sediakan sket je. Tapi dia melalut sampai masuk bab alumni dan sal koperasi. Tau la dia pengerusi KOPSAS tapi jangan la cite sal KOPSAS dalam majlis orang lain. Takde kene mengena langsung. Membe-membe dah anto msg kat aku Tanya ape dia merepek ni? Abang Abu dah geleng kepala. Cik Kaza telan liur tengok makanan depan mata. Haha aku??? Nak tak nak kene la jugak bertahan.

Bukan kami tak nak bagi bercakap lama-lama. Tapi berpada-pada la. Jangan la mengarut sal benda lain yang takde kene-mengena. Contohi la Hj Wahab tu. Bercakap apa yang perlu je.Bukan nak marah tapi saje je nak penuhkan ruangan blog aku haha.

Thursday, May 7, 2009

Projek akhir YDP PSAS Dapat Tempat Pertama

JPP PSAS telah membuktikan satu lagi kejayaan mereka apabila YDP nya berjaya meraih tempat pertama di dalam Pertandingan Projek Semester Akhir Peringkat Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Azlan Shah. Dengan kejayaan itu membuktikan JPP PSAS bukan hanya mampu untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti malah pelajar yang kreatif dan inovatif.

Projek yang dinamakan sebagai Sistem Pengesan Perokok dicipta khas bertujuan mengurangkan kadar perokok disekitar JKE khasnya dan PSAS amnya yang nama ia dibangunkan bertujuan mendapatkan bukti tentang kewujudan perokok-perokok tegar di sekitar politeknik. Secara ringkasnya, projek ini akan berfungsi apabila pengesan asap mengesan kehadiran asap seterusnya memberikan input kepada perisian Visual Basic yang digunakan. VB 6.0 tersebut akan mengaktifkan Buzzer dan lampu amaran seterusnya mengaktifkan kamera yang disembunyikan di tempat sasaran. Pensyarah akan menangkap gambar seterusnya ia akan disimpan secara automatik di dalam drive C:

Pertandingan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PSAS itu turut mempamerkan lebih 20 projek akhir Pelajar JKE. Menurut Penyelaras Projek Akhir JKE Encik Nasrol Azhan pameran kali ini mempamerkan produk yang lebih bermutu berbanding pameran-pameran sebelum ini.


YES!!! Aku Berjaya

Debaran menanti. Siapakah juara bagi Pertandingan Projek Akhir.

“Tempat ketiga budak DTK”... Emm ada harapan lagi.

“Tempat kedua Saudara Amin and group dengan projek mereka Sistem Keselamatan Motosikal”... Wah kali ni aku dan tak de harapan lagi dah. Bukan ape team amin tu sama penyelia projeknya dengan aku. Projek nampak lagi bagus dari kami. Lagipun dorang first choice masuk pameran. Kitorang hanya sekadar 2nd choice.

Johan bagi Pertandingan Projek ini jatuh kepada... Jeng jeng jeng hahaha berdebar betul... “Dari Penyelia projek yang sama Projek Smoke Detector....” Rasa macam nak jerit.. Ya Allah bertuah betul kitorang time tu. Naik ke pentas sanpai lupa pada penyelia projek yang banyak membantu. Haha biasa la tu manusia...

Hilang rasa tention akibat monitor yang terbakar pagi tu. Sekurang-kurangnya adala jugak pengubat hati. Udah la monitor orang terbakar lak tu. Mane taknye tiga-tiga kabel (life, neutral n earth) ada arus.

Pagi tu aku jadi betul-betul semangat tuk cite kat orang ramai sal projek aku walaupun tak dapat nak wat demo tuk projek tu. Ape nak wat hahaha...


Aku ngan teamate aku



Aku time bagi penerangan sal projek

Gambar Kelas DET 6 yang masuk pameran

Sukan Pasti Yang Dilupakan

Ya Allah aku betul-betul terlupa untuk memuatkan berita sukan Pasti Tanjung Malim di dalam blog kesayangan ku ini.

Alhamdulillah 2 minggu lalu aku sempat bersama pemuda Tanjung Malim untuk menjayakan program sukan PASTI walaupun pada mulanya banyak halangan yang terpaksa ditempunya. Namun begitu kami berjaya menghantar pasukan bantuan yang terdiri daripada 9 muslimin dan 3 orang muslimat.

Semuanya berjalan lancar malah aku yang pada mulanya hanya sekadar ingin menjenguk (sebenarnya nak lari dari program poli) telah mendapat tugasan penting iaitu memastikan perarakan perasmian berjalan lancar. Wow macam hebat je. Haha mujurla ada bantuan kawan-kawan. Kalau tak kelam kabut jugak jadinya.

Apa yang penting pada pagi itu bukan sahaja kami 12 orang pelajar poli yang berada di sana, tetapi ia juga dihadiri ramai staf poli. Malah otai-otai seperti Cik Zahiran, Cik Usop, abang Syeikh, dan beberapa pensyarah yang lain juga bersama-sama kami memeriahkan program sukan pasti tersebut. Kiranya tak salahla kalau YDP takde kat program poli sebab penasihat JPP pun lari gak. Dan agak glamor la jugak aku time tu sebab terpaksa buat pengumuman depan dorang. Macam orang besar Pasti je.

Tapi apa yang pasti memang seronok melihat keletah anak-anak kecil yang berlari kesana-sini dengan pelbagai ragam dam pakaian. Haha ni yang jeles ni tah bila aku nak ada anak-anak comel macam tu.



Mak Hamdi Kembali Ke Rahmatullah

Bersama Hamdi ketika di Sungai Congkak

Aku pasti Hamdi pasti merasa kehilangan yang amat sangat. Siapa yang tidak sayang ibu sendiri. Walau sejahat mana ibu itu ia tetap ibu kita. Inikan pula ibu yang sentiasa menjaga kita dengan baik.

Baru semalam kami bergurau senda dengan Hamdi. Semakin naik dia sekarang. Macam nak fight aku je. Haha. Cerita Hamdi “Aku tiap-tiap minggu balik Pahang.” Selepas itu bingit dengan gurauan Hamdi anak manja. Malah ada yang mentafsirkan manja itu sebagai ‘baik’ sebab nak jaga hati. Bergelak ketawa kami malam itu. Malah pagi sabtu itu Hamdi juga yang menghantar aku pulang ke Stesyen Komuter Kajang.

“Salam..pukul 6.15ptg tadi emak saya telah kembali ke rahmatullah. Minta jasa baik para sahabat sekalian untuk mendoakan agar mudah-mudahan emak saya tergolong di dalam golongan hamba Allah yang bertaqwa dan dipermudahkan segala urusan..-Hamdi

Itulah kandungan msg yang saya terima malam itu. Terkedu dibuatnya. Rasa berdosa yang teramat sangat kerana bergurau dengan Hamdi begitu.

Sabarlah adikku, sama-sama kita berdoa mudah-mudahan kita akan dikumpulkan Allah di Jannah bersama ibu bapa kita.

Pesanan abang, ingat hadis nabi ini: Selepas mati anak adam, terputus semua amalan kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diajarkan, dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibubapanya. Mudah-mudahan kita lah anak-anak soleh tersebut.

Sunday, May 3, 2009

Alahai SPR...

Hanya 5000 orang penyokong dibenarkan berkumpul ketika penamaan calon.

Hahaha kenyataan terbaru daripada SPR, Sayap baru dalam organisasi UMNO ataupun Parti baru di dalam BN.

BN dah semakin tersepit sehingga sanggup menggunakan segala yang ada seperti SPR, SPRM, badan kehakiman dan sebagainya.

Mungkin mereka tahu bahawa penyokong UMNO semakin berkurang ataupun BN sudah tiada wang untuk dibayar kepada penyokongnya seperti mana yang berlaku di Bukit Gantang yang lalu, jadi bagi mengelakkan BN dimalukan sekali lagi mereka telah menghadkan kepada hanya 5000 ribu penyokong sahaja. Macam-macam. Aku ingat hanya Rasyid dulu yang bermasaalah tetapi Pengerusi SPR kali ini lebih bermasaalah.

Mereka yang sepatutnya menjadi pengadil tetapi mereka yang lebih-lebih cuba menyumbat bola ke gawang PR. Insaflah wahai SPR, BN sudah tidak lama. Selepas ini pastinya anda akan ditimpa masalah besar. Pastinya PR tidak mahukan pengadil seperti anad dan pastinya rakyat juga tidak mahukan orang seperti anda. Apabila SPR telah dipimpin oleh orang yang selayaknya ketika itu nama anda akan hilang dari dunia ini bersama lipatan sejarah... Aku yakin dengan itu. Lihatlah Rasyid yang sudah tidak berguna, diperlakukan oleh UMNO sewenang-wenangnya.

Pertemuan Terbesar Sahabat Pusat Islam

Alhamdulillah, segala perancangan untuk mengumpulkan kesemua Ahli JIK di dalam satu program berjaya walaupun beberapa nama tidak dapat menghadiri pertemuan tersebut. Mudah-mudahan pertemuan tersebut diredhai ALLAH.

“Wahai-orang-orang beriman, jadilah kamu pembantu-pembantu agama Allah sepertimana ketika Nabi Isa bertanya kepada hawariyyun “siapakah diantara kamu Pembantu Agama Allah” Maka jawab mereka kamilah pembantu agama Allah ...” Ass-Saff Ayat 14.

Wahai sahabat-sahabat sekalian jadilah kamu pembantu-pembantu agama Allah.....

KASIH : Siapa yang lebih Aula Untuk Ditarbiyyah

Alhamdulillah, KASIH berjalan seperti yang dirancang walaupun menghadapi beberapa kepayahan. Aku sempat bersama Kasih sehari dan terpaksa balik untuk menyiapkan Final Projek yang tertangguh.

Hari pertama, peserta sudah dibelasah cukup-cukup. Teringat Aku ketika aku kena semasa Tamrin Pengukuhan dulu. Sampai semput dibuatnya. Tetapi Alhamdulullah prestasi adik-adik tu sangat memberansangkan. Tidur pukul 2.30 pagi tetapi dapat bangun pukul 4.30 pagi walaupun mereka hanya diminta bangun pukul 4.45 pagi. Tahniah kepada semua.

Namun begitu apa yang menyedihkan aku semua AJK bangun hanya ketika hampir subuh. Lewat hampir 1jam daripada apa yang sepatutnya. Alangkah malunya aku nak berdepan dengan adik-adik ni bukan aku tak kejut tapi itulah hakikatnya. Pada malam hari beria-ia marah adik-adik akhirnya orang yang marah melakukan apa yang dimarahinya. Mereka menyuruh adik-adik menyusun kasut tetapi kasut AJK bersepah begitu sahaja. Mereka memberikan amanah kepada adik-adik tetapi amanah yang diberikan adik-adik dibiarkan begitu sahaja. Kalau biskut hilang mereka boleh ganti dengan sebungkus biskut. Tetapi kalau sejumlah henset yang bernilai lebih RM9000 (30peserta x Purata RM300) hilang ajk nak gantikan dengan apa??? Tidakkah mereka pernah membaca surah ass-Saff ayat dua dan tiga. “Wahai orang yang beriman mengapa kamu bercakap apa yang kamu tidak lakukan. Sesungguhnya murka Allah terhadap orang yang bercakap tapi tidak melakukannya.”

Berbalik kepada persoalan pokok. Siapakah yang lebih Aula untuk ditarbiyyah?? Ya mungkin betul mad’u kita adalah adik-adik tu tapi sepatutnya Ajk/pemimpinlah yang patut ditarbiyyah lebih daripada adik-adik tersebut. Bagaimana hendak mendapatkan rod yang lurus jika acuannya bengkang bengkok???

Ana mengharapkan agar pada adik-adik semua (ajk dan peserta) marilah sama-sama kita bermuhasabah. Bukan lah ana katakan ana adalah orang yang baik. tidak sama sekali malah mungkin analah yang lebih teruk dari kalian tetapi sebagai sesi muhasabah marilah kita sama-sama meletakkan diri kita ditempat yang sebetulnya. Kita boleh mencari pelbagai alasan untuk mempertahan diri sendiri tetapi adakah wajar sebagai seorang pemimpim berbuat demikian??? Adakah patut kita yang tidak mampu ini terus memaksa orang lain untuk membuat suatu perkara yang sepatutnya ia dibuat oleh kita juga??? Ana malas nak memanjangkan tulisan ini. Tetapi andai kata ada yang membacanya sama-samalah kita memikirkannya.



Aku dan Saifuddin Abdullah

“Sekarang ni dah mudah untuk jumpa dan berbincang menteri, kalau dulu dapat jumpa Pengetua kolej Kediaman pun dah cukup bangga.” Itu antara kata-kata YB Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang datang untuk merasmikan Majlis Konvokesyen sidang pertama.

Dia ingat aku akan terpengaruhla dengan kata-kata dia. Ya mungkin dia lain dari yang lain. Mudah untuk bergaul kerana sebelum ini beliau adalah TNCHEP di Universiti Malaya (kalau tak silap aku). Tapi kalau datang dari lubang yang sama pastinya perangainya tidak lari dari yang lain. Yela kawan tu baru 2 minggu jadi timbalan menteri karang dah lama tu dia pun dok kat pejabat la jugak. Ini semua permainan biasa orang politik tuk katakan kepada rakyat kami ni lebih baik dari yang sebelum ni. Sama je dengan najib, baru turun ke bawah sekali dah di kira merakyat. Sampai bila dia akan bertahan kita tunggu. Hahaha.

Aku sebenarnya dah tak hairan dengan semua ni. Apa la sangat yang nak dibangga jika dapat jumpa dengan menteri. Lagi la pulak dengan menteri yang rasuah dan mempunyai rekod buruk. Kalau dengan haji Nizar tu sejak dia naik dadi MB dan berapa puluh kali aku jumpa. Mat Sabu, Nik Aziz, Hj Hadi. Tu semua orang besar. Tak heran pun. Maybe orang UMNO kemaruk bila jumpa menteri/pimpinan dorang sebab dorang memang susah tuk jumpa kot. Yela bila dah jadi YB dorang dah jadi macam orang kat kayangan. Susah nak turun kecuali dah nak pilihanraya.

Bila cerika kat Cik Usup dia gelak je. Dorang nak tarik balik saluran tiga la tu. Macam yang kita tahu Pengundi muda dah tolak BN secara total. So dorang pastinya akan terkubur kalau sme ni berlanjutan. Saluran Satu dah semakin pupus. Yang tiga-empat-lima semakin ramai. Nak tak nak terpaksa la merakyatkan diri.

Pesta Konvo Yang Haru-Biru

Selamat Datang Ke Majlis Konvokesyen Kali ke 4 Politeknik Sultan Azlan Syah.

Tapi aku hanya mengalu-alukan kehadiran ke Majlis Konvo dan bukannya Pesta Konvo. Pesta kali ini agak berlainan daripada yang lain. Penuh dengan konsert dan persembahan. Ya mungkin tidak seteruk Pesta Konvo PUO** tetapi banyak perkara yang menyebabkan aku menjadi tidak senang dengan Pesta Konvo tersebut.

Ianya dimulai dengan persembahan zapin dan diakhiri dengan Live Band. Tetapi disulami dengan konsert nasyid. Huh pandainya dorang susun. Pastu tiap-tiap hari suruh doa semoga program diberkati.

Bercerita tentang tarian Zapin, Alahai time latihan punyala baik dengan bertudung, baju pun ok tapu rupa-rupanya time persembahan sme tu hilang. Dengan kebaya ketat dan jarang dan tanpa tudung. Huh ni sme cik wahida tu la yang punya arahan. Mujur la Ustaz Amin tu bijak jugak. Cuba elak daripada kumpulan nasyidnya terjebak sekali malam tu.

Yap mungkin sme tu masih kecil tetapi kesannya bagi jangka masa panjang perlu dielak segera. Kalau kali ke 4 mereka sudah boleh bertapak pastinya pesta konvo mendatang akan menjadi lebih teruk lagi. Puak-puak huha-huha pasti akan menganjurkan program yang lebih besar.

Tahniah kepada JAIP yang mengambil inisiatif untuk turun ke Pesta Konvo ini yang mana menurut kisahnya terdapat pasangan merpati yang sentiasa berdua-duaan ketika konsert-konsert tersebut berlangsung.

** Kisah dari orang pertama – Konsert yang semakin menjadi-jadi di PUO adalah hasil daripada restu pengarah dan kroni-kroninya. Yang mana isterinya adalah penasihat program huha-huha manakala anaknya adalah tokei kepada peralatan konsert.

Anak-anak Syurga

“Azlida mengandung kembar tiga.”
Wah wah wah kalau macam ni kalah la Cik Rizan. Abang Nasir pun dah hampir tercabar. Dan yang pasti aku memang jeles sejeles-jeles nye. Tapi nak wat camne aku ni tak kawin lagi. Tengok la karang bila aku dah kawin. Hahaha.

Tapi subuh tadi (catatan ni aku buat pada 25 April cuma aku publishkan lambat) aku dapat panggilan daripada Abang Nasir menyatakan Kak Azlida dah selamat bersalin dalam pukul 12 – 3 pagi tetapi Allah lebih menyayangi mereka. Ketiga-tiga baby tu meninggal. Ya Allah ibu mana yang tak sedih dengan sme tu.

Dari cerita Abang Nasir umur baby-baby tu baru menjangkau 5 bulan didalam kandungan tetapi ketika dilahirkan mereka sempat membuka mata memandang ibu tercinta. Yang mana ketiga-tiganya amat lemah dan tidak mampu diselamatkan walaupun dilahirkan dengan kaedah normal.

Sabarla akak. Ni semua dugaan hidup. Sesungguhnya semua ni pasti ada hikmahnya tersendiri. Mungkin ia dugaan besar tetapi ia juga adalah suatu nikmat pemberian Allah. Alangkah bahagianya kita bila di akhirat kelak anak-anak kecil yang memegang air kausar mencari-cari ibu bapanya yang muslim untuk diberi minum dan mereka itulah anak-anak syurga yang mati ketika masih kecil.

Bila kejadian ni berlaku teringat ana dengan Arwah nenek yang kehilangan 8 orang anak dan kesemuanya mati ketika masih kecil. Beruntung atok dan nenek ana. Malah ana sangat bersyukur kematian nenek ana adalah dalam keadaan yang baik. Dihujung hidupnya dia sering mengaji dan masih belajar mengaji malah ketika kematiannya arwah nenek sedang berada di sejadah samaada hendak sembahyang ataupun selepas sembahyang maghrib. Dan pastinya anak-anak syurga itu sedang menunggu kedatangan bonda mereka.
Gambar ketika kenduri kat Umah Kak Azlida